Jangan Pergi Hospital Swasta Jika Terbeban Dengan GST ( AZMI KARIM )

Bagi mereka yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta, bolehlah mendapatkan perkhidmatan itu di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mereka terbeban dengan GST, demikian kata Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai luahan hati Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang kecewa terpaksa membayar caj GST sebanyak RM1,200 untuk kos rawatan anaknya.

Jangan Pergi Hospital Swasta Jika Terbeban Dengan GST, info, terkini, berita, ahmad maslan,

 Jelas Timbalan Menteri Kewangan itu, rakyat mempunyai pilihan sama ada mendapatkan khidmat di hospital swasta ataupun kerajaan.

“Siapa suruh beliau pergi ke hospital swasta. Pilihan di tangan kita sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang sama serta lengkap dengan semua kelengkapan perubatan.

Bagaimana pula dengan perkongsian rakan ini:-


Diceritakan Hospital yang membuat pemeriksaan dan rawatan adalah hospital KPJ Rawang dan KPJ Tawakal KL.

Adakah kita masih ada pilihan?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »