PERMATA DELIMA ASLI DARI MAKKAH PEMBERIAN JEMAAH MISTERI

Salam sejahtera dan Salam muhibbah buat anda semuanya.Bertemu Kembali dalam Siaran Labu Emas.Untuk paparan Kali ini saya ingin Bercerita sedikit tentang sejenis Permata yang digilai peminat batu Cincin iaitu Batu Delima,Permata Delima,Buntat Delima atau apa sahaja yang bernama delima.Kerana sifat merah nya yang menawan serta mampu memukau mata sesiapa sahaja yang memandang nya.

Batu Delima kebiasaan nya terbahagi kepada berberapa jenis Antara nya delima air,Delima Hati,Delima retak seribu serta banyak lagi nama mengikut selera tuan nya.Antara yang paling diminati dan digilai adalah delima Hati,mungkin kerana sifat merah pekat kehitaman nya,Serta mempunyai kebolehan atau Aura yang di Anugerahkan oleh yang ESA keatasnya.Batu Delima ini dipercayai mampu merubah warna air,dari selapis sehingga ke enam tujuh lapis gelas air putih.Permata Delima seperti ini kebiasaan nya mempunyai nilai yang amat tinggi malah mampu mencecah jutaan ringgit.

Berbagai Pandangan yang kami terima dari pemilik Delima yang pernah kami temui,Dan mengikut bancian kami,Bangsa Melayu mendahului carta tertinggi Di Malaysia yang memiliki Batu delima.Bukan sekadar batu Delima Burma,Afrika malah Batu Delima yang Asli mampu kebal Zahir termasuk kebal Darurat.Namun cara mendapatkan yang juga bermacam ragam.

Antara nya melalui mimpi,Pengelaman ini di kongsikan oleh Haji Yunus,Ketika mengerjakan Ibadah Haji di Makkah,Ketika itu beliau pergi bersama anak sulung nya menggantikan Arwah Isteri beliau yang kembali kerahmatullah sebelum sempat menunaikan ibadah haji nya.Sewaktu dalam perjalanan kembali ke tempat penginapan,Haji Yunus disapa seorang jemaah kebetulan dalam perjalanan kembali ke Hotel yang sama.Jemaah tersebut kelihatan amat ramah,Jemaah tersebut juga kebetulan mengerjakan Haji seorang diri dan berasal dari Indonesia.Setiba di Hotel,Haji Yunus mengajak kenalan baru nya singgah minum di cafe hotel.


(RUBY GEMSTONE/PERMATA DELIMA)


Sambil berbual Haji Yunus terpandang sebentuk Cincin perak bertatah permata berwarna merah kelihatan cantik dan menarik perhatian Haji Yunus.Jemaah tersebut terperasan Haji Yunus sedang memerhatikan Cincin nya,Lantas mencabut cincinnya dan menyerahkan nya kepada Haji Yunus.Sewaktu Haji Yunus mula-mula menyentuh cincin berkenaan,Terasa jelas satu getaran yang dirasai.Jemaah tersebut memberitahu Haji Yunus ada keserasian dengan permata tersebut.Entah macamana,ketika kedua jemaah ingin kembali ke bilik masing-masing,Jemaah tersebut secara tiba-tiba menyarungkan cincin tersebut dijari Haji.Yunus.

Haji Yunus tergamam dan merasa hairan namun segera di sahut oleh jemaah tadi memberitahu dia menghadiahkan Cincin tersebut kepada Haji Yunus.Sambil memberitahu ia sebagai tanda persahabatan dan memberitahu Cincin tersebut juga asalnya dihadiahkan oleh seseorang,Dan beliau merasakan telah tiba masanya untuk menemui Tuan Baru.Pak Yunus sekadar tersenyum dan berterima kasih.

Setibanya di Hotel,Pak yunus membelek-belek cincin berkenaan dan menyarungkannya kembali kejari.Keesokan harinya,selepas sembahayang Subuh,Haji yunus menunggu Sahabat barunya namun sehingga awal tengahari Haji Yunus tidak melihat kelibatnya.Sehingga Masuk hari ketiga,Haji Yunus memberanikan diri bertanya kepada jemaah dari Indonesia,Tapi malang nya mereka tidak mengenali sesiapa yang bernama Haji Ma'ruff.

Dan bermula lah sejarah apabila tiba di Kampung setelah kembali dari Tanah Suci,Perniagaan Haji Yunus meningkat dengan rancak,Hasil jualan amat berbeza dari sebelum nya.Sehingga lah kejadian kedua berlaku kepada Haji Yunus,ketika di kedai gunting rambut,Berkali-kali Tukang gunting menukar guntingnya kerana terasa amat payah mengunting rambut Haji Yunus,setekah lima minit duduk disitu,Sehelai rambut pun belum gugur lagi.Tukang gunting yang juga merupakan kenalan Haji Yunus bertanya kalau-kalau Haji Yunus ada memakai sesuatu.Kerana payah betul hendak menggunting rambut beliau.Haji Yunus teringat yang dia menggunakan cincin pemberian sahabat misteri nya ketika di Makkah sewaktu mengerja kan ibadah Haji.Setelah cincin dicabut dari jari Haji Yunus,Barulah rambut mudah digunting,dalam masa singkat sahaja,tukang gunting siap memotong rambut serta mencukur misai Haji Yunus!

Disitu juga lah Haji Yunus terkejut besar apabila tukang Gunting memasuk kan cincin tersebut kedalam gelas berisi air putih,Apabila air dalam gelas bertukar merah saat cincin dimasukan,dan kembali jernih setelah dikeluarkan.Tukang gunting Memberitahu Haji Yunus amat bertuah kerana memiliki Sebentuk cincin Delima asli yang amat dicari dan digilai peminat batu Mistik.

Pengelaman kedua yang kami temui dari encik.Halim,mengisahkan seorang pemuda yang tinggal dalam sebuah rumah yang serba kekurangan,Pemuda berkenaan merupakan seorang pekerja kontrak atau buruh Binaan,Dalam mengharungi kehidupan yang serba kekurangan,Dia menerima berita dari isteri nya yang dia akan menjadi Ayah tidak lama lagi,Memang bagi seorang suami berita begitu merupakan satu berita gembira,Namun berbeza dengan pemuda tadi.Dalam mengharungi hari-hari isterinya akan bersalin,dia dimaklum kan oleh majikan,bahawa Projek terpaksa dihentikan kerana pemaju mengalami masaalah keuawangan.

Dalam diri yang serba kekurangan ditambah isteri nya yang bakal bersalin yang pasti akan menelan kos yang besar,Pemuda tersebut termenung memikirkan nasibnya,setelah puas bertanya kepada kawan-kawan,Namun kerja masih belum ditemui.sehingga lah pada suatu malam,Pemuda tersebut mendapat mimpi,Apabila seorang wanita tua menggunakan pakaian serba merah bertongkat muncul dalam mimpi sipemuda tadi,Dalam mimpi tersebut,memberitahu pemuda tersebut akan menemui buah Delima masak keesokan harinya.Dan menberitahu dia juga akan menemui dua butir biji delima yang menjadi batu didalam nya.Nenek tua tersebut meminta agar Pemuda tersebut menyimpan batu tersebut dan jangan terlalu risau soal masa hadapan dia dan isterinya.

Setelah bangkit dari tidur awal pagi,Pemuda tersebut keluar dari rumah dan memandang kiri dan kanan kalau-kalau mimpi nya menjadi kenyataan.Sesuai dengan mimpinya,pemuda tersebut terpandang sepokok Delima yang berbuah dihalaman rumah jiran nya.Tanpa membuang masa,Pemuda tersebut pergi kerumah jiran nya,Pemuda tersebut memberitahu jiran nya yang dia teringin makan buah delima.bagaikan di atur,Jiran nya dengan sukarela memetik sebiji buah delima yang masak dan menyerahkannya kepada pemuda tersebut.

Sampai dirumah, dia terus mengopek delima yang diterimanya dari jiran sebelah.Satu persatu biji delima di makan nya sehingga biji yang terakhir,apabila dua biji terakhir dimasukan kedalam mulut,Baru nak kunyah,Kraakkk.....Ternyata Dua biji terakhir itu adalah batu,Sama seperti yang di lihatnya dalam mimpi.Sejak memiliki buntat delima tersebut,Segala urusan pemuda tadi menjadi mudah dan berhasil,Jual sayur laku,Jual ikan laku minta kerja dapat dengan Mudah. Cuma sebulan lagi hari isterinya akan bersalin,segala kelengkapan telah disediakan dengan sempurna.

Namun sejauh mana kehebatan Batu  ini tiada siapa yang tahu,Percaya lah,harini,ramai yang memiliki batu delima,Namun sejauh mana keaslian nya tiada siapa yang tahu.Sebenarnya banyak lagi yang kami terima dari perkongsian pemilik dan pencinta batu delima ni.namun kami tidak mampu tulis keseluruhan nya disini,InsyaAllah jika ada kelapangan serta peluang kami akan kongsikan lagi termasuk pengelaman Pak Mahat dengan puteri penjaga batu Delima,Kisah warga emas tertipu setelah berhabisan wang ringgit untuk memiliki permata delima yang palsu,Asal usul batu delima yang pasti ramai yang tidak tahu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »