FAKTA MENARIK TENTANG PAYUDARA WANITA

FAKTA MENARIK TENTANG PAYUDARA WANITA

FAKTA MENARIK TENTANG PAYUDARA WANITA

FAKTA MENARIK TENTANG PAYUDARA WANITA-Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang payudara wanita, diingatkan kepada para pembaca bahawa artikel ini bukanlah artikel berbentuk lucah atau mahu membuka hal ‘privacy’ wanita tetapi ianya merupakan fakta atau ilmu yang kita perlu tahu tidak kira perempuan mahupun lelaki kerana si lelaki pasti akan berdamping dengan wanita. Jadi, hal-hal kewanitaan bukan sahaja perlu diketahui oleh golongan wanita sahaja tetapi juga perlu diketahui oleh golongan lelaki. Ambil segala yang diterangkan ini sebagai ilmu bukannya sebagai bahan lucah ye. Rasanya kalau sebut mengenai payudara, semua orang tersipu malu lebih-lebih lagi kalau perempuan.
Women are always conscious about their breasts; however, with all due respect, they know very little about them. So, these are interesting facts about women breast to be shared.
Fakta Payudara
Fakta mengenai payudara wanita :
Saiz payudara kiri biasanya lebih besar. Tidak ada payudara yang mempunyai saiz yang sama, dan biasanya payudara sebelah kiri lebih besar dari payudara sebelah kanan. Namun, perbezaannya tidaklah terlalu ketara dan menonjol. Puting juga datang dalam pelbagai saiz dan bentuk (sama ada kecil atau besar).
Payudara tidak elok digoyang. Biasanya senaman seperti jogging dan aerobik akan mengakibatkan payudara anda bergoyang. So, sentiasa pakai bra/coli yang sesuai dengan saiz payudara anda untuk mengurangkan kesakitan di payudara semasa melakukan aktiviti ini. Kan bra tu dibuat untuk melindungi payudara anda.
Payudara boleh berubah bentuk. Memang pelik kalau dengar tapi kalau anda tidur dengan meniarap (facedown), kadang-kadang ianya boleh mengubah bentuk payudara. So, kena jagalah cara anda tidur supaya boleh maintain bentuk dan ketegangan payudara itu. Kalau yang suka tidur meniarap pun pastikan anda letak dulu bantal di bawah payudara sebagai support semasa tidur.
Payudara boleh memanjangkan umur lelaki. Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara lima dan enam tahun. Ini adalah kajian yang dijalankan ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh Dr. Karen Weatherby menyatakan renungan selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gym.
Bertuah kan jadi lelaki? Senang-senang je nak panjangkan umur…hahaha tapi yang peliknya kat Malaysia ni ramai pulak lelaki yang mati cepat.
payudara panjangkan umur lelaki
Elakkan pakai bra semasa tidur. Wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra/coli dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur elakkan dari memakai bra kerana ianya boleh menyebabkan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Payudara adalah perkara pertama lelaki lihat pada perempuan. Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki. Jadi, faham-fahamlah ye.
Kepada para wanita, jagalah payudara anda sebaiknya. Jaga dari segi kesihatan dan jaga dari segi maruah dengan menutupnya secara kemas dan elok kerana ianya adalah asset anda. Untuk wanita Islam, pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Elakkan dari memakai pakaian yang jarang, tipis dan ketat. Labuhkanlah tudung sehingga menutupi dada. Wanita itu diciptakan untuk dilindungi manakala lelaki adalah untuk melindungi. Wanita adalah golongan manusia yang sangat istimewa. Allah mewajibkan tutup aurat hampir keseluruhan tubuh badan adalah kerana wanita ini fitnah akhir zaman dan untuk menjaga maruah para wanita. Sesuatu yang sangat berharga akan dibungkus elok dan disimpan ditempat yang istimewa manakala yang murah atau yang tidak terlalu berharga, akan ditayang secara terbuka. Bukan sahaja ditayang tetapi boleh disentuh sesuka hati malah boleh dicuba untuk mamakainya. Semoga bermanfaat.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »