IMAM MUDA PUJI AIRASIA, BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DALAM PESAWAT






Imam Muda Asyraf sempat berkongsikan pengalaman beliau berpeluang menunaikan solat secara berdiri dan berjemaah di dalam pesawat AirAsia.

Menceritakan melalui laman Instagramnya, Asyraf berkata itulah pertama kali dia dapat bersolat secara beridri dan berjemaah di dalam pesawat penerbangan domestik.

Beliau juga berterima kasih kepada kru kabin AirAsia yang telah memberikan kerjasama kepadanya dan rakan-rakan menunaikan solat pada ketika itu.



Selama ini, ramai umat Islam menyangka adalah sukar untuk mengerjakan solat di dalam pesawat kerana menjangkakan akan menghadapi masalah-masalah kecil seperti hendak mengambil wuduk. Penggunaan air yang terhad serta tidak mempunyai paip air di dalam pesawat.

Selain itu, seringkali mendengar alasan segan bersolat di dalam pesawat kerana bimbang akan menjadi perhatian penumpang di sebelah tempat duduk.

Sebenarnya, penumpang pesawat boleh saja bersolat tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Hormat Waktu. Ini kerana ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamum bagi menunaikan solat. Dalam hal ini, umat Islam boleh menunaikan solat Hormat Waktu.

Berkenaan dengan waktu solat, para penumpang boleh bertanya kepada kru pesawat dan mereka akan merujuk kepada juruterbang.

Berhubung arah kiblat, kebiasaannya dalam peswat mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan.

Menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka dia tidak perlu mengulanginya semula.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »