Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,kita meneruskan lagi perkongsian kisah kisah islamiah kita sebagai penambah pengetahuan selain menerapkan rasa cinta kepada Pemilik alam ini.
Baik, untuk pada kali ini marilah kita mengetahui bahawa tiap-tiap pintu langit itu, ada penjaganya. Yang mana setiap pintu langit itu di awasi oleh setiap Malaikat yang di tugaskan untuk menghalang amalan-amalan ibadah kita yang bercampur dengan sifat riak, rasa ingin masyur, bangga diri, sombong, tiada berbelas kasihan sesama manusia dan bermacam macam lagi keburukan dalam kebaikan yang kadang kala kita sendiri terlepas pandang atau mungkin tersalah tafsir dalam menghitung amal ibadat kita sendiri sehingga tertahan di pintu-pintu langit yang tertentu.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w berpesan kepada Muaz Bin jabal
"Puji "Puji syukur untuk Allah yang melaksanakan sesuatu terhadap makhlukNya menurut kehendakNya."
"Wahai Mu'az,"
"Ya Sayyidal Mursalin."
Dari Hadist Muaz bin Jabal,
Rasulullah s.a.w bersabda" Aku akan menceritakan satu kisah kepadamu. Jika engkau menghafalnya (mengambil perhatian), ia akan bermanfaat untukmu tapi kalau engkau lupakan (tidak ambil berat) maka kamu tidak akan ada hujah di hadapan Allah kelak."
Selanjutnya Rasulullah s.a.w bersabda "Hai Muaz, Allah telah mencipta tujuh malaikat sebelum Dia mencipta langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit. Tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu mengikut kadar dan keagungannya."
Rasulullah s.a.w telah menyatakan kepada Muaz Bin Jabal bahawa pada setiap 7 lapisan langit ada Malaikat yang menjaga pintunya.
PINTU LANGIT PERTAMA
Malaikat yang memelihara amalan di hamba akan naik ke langit membawa amal ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah, "Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat."
-Malaikat Hafazah di tugaskan untuk membawa amal yang telah di kerjakan oleh hamba Allah untuk di bawa naik ke hadrat Illahi. Namun setiap perjalanan itu haruslah melalui pintu pintu langit. Maka jika amal seseorang itu melepasi lapisan langit pertama,seterusnya akan di soal pula di pintu langit kedua.
PINTU LANGIT KEDUA
Seterusnya andai melepasi pintu langit pertama, maka itu malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba Allah ini ke langit kedua, penjaga langit pintunya berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain."
-Bagi amalan yang mengharapkan keduniaan semata mata,maka setakat di langit kedua amal nya berjaya naik. Namun,andai menharapkan sesuatu yang baik dari Allah,amal itu akan melepasi pintu langit kedua.
PINTU LANGIT KETIGA
Di pintu langit ketiga, malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong."
- Amal hamba tadi melepasi pintu langit kedua,kerana dia telah memperbaiki amalan amalan nya sebelum ini dan menjadi lebih baik dan bersungguh dalam ibadahnya,namun dia tidak memperbaiki sifat sombongnya,oleh itu amalannya di campak semula kemuka nya.
PINTU LANGIT KEEMPAT
Apabila sampai Malikat Hafazah dengan membawa catatan amalan yang lebih baik lagi sehingga berjaya sampai ke langit yang keempat,Maka berkatalah Penjaga pintu langit keempat tersebut.
"Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan Si Ujub."
-Ujub ni seperti membangga kan diri.jadi amalan membangga diri hanya setakat sampai di langit ke empat.catatan amalannya di tegah untuk melintasi langit keempat.akhirnya tercampaklah amalan yang membangga diri itu kepada empunya catatan tersebut. Maka itu haruslah dia memperbaiki lagi amalan amalannya agad dapat sampai ke hadrat Yang Esa.
PINTU LANGIT KELIMA
Apabila amalan nya bertambah baik dan indah lagi betul punya amalan,maka catatan itu seterusnya sampai ke pintu langit kelima. Dah semakin nak sampai dah ni..tapi..tersekat lagi.. sebab apa ? Mari mengetahuinya.
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata
"Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-hamba- Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."
-Jadi kita tak perlu lah bersikap seperti itu.sebab setakat di hadapan Malaikat penjaga langit kelima saja amalan kita sampai.sayang sekali, dah pergi haji, umrah, dapat gelaran haji bagi lelaki, dapat gelaran hajjah bagi wanita, berjihad memang seronok lah kalau dapat berjihad ni. Tapi jangan dilupa kerana hasad dengki lah iblis terusir keluar dari syurga. Dan ahlul jannahtul aulia itu tidak ada seorang pun yang hatinya mempunyai hasad dan pendengki pada yang lain.Rugi tersangat. Dah separuh jalan dah ni. Harus memperbaiki lagi.
PINTU LANGIT KEENAM
Dan seterusnya andai amalan amalan nya telah di perbaiki, yang mana hasad pendenki tadi yang terlubuk di hati telah di kikis habis habisan, tak tinggal satu pun. Bersih dari hasad dengki, di tambah pula amalan yang baik di pertingkatkan lagi, maka apakah akan tersekat lagi seperti sebelum ini. Lalu andai sampai catatan amalan yang di bawa Malaikat Hafazah ini, berkatalah Malaikat penjaga langit keenam tersebut,
Di langit ke enam, penjaga pintu akan berkata "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini."
-Apabila kita sedikit pun tidak mempedulikan nasib oang lain,maka itu Malaikat penjaga langit keenam tidak memberi laluan kepada amal catatan kita untuk naik ke langit seterusnya. Berkasih sayang antara satu sama lain. Ini sifat yang sangat disukai Allah. Sedangkan Allah sendiri mengasihi hambaNya, kenapa kita tidak? Oleh itu haruslah berkasih sayang serta berlemah lembut dan pertuturan dan juga tingkah laku. Jika kita mengasihi insan lain, amalan itu akan tercatit di buku amalan kita.
PINTU LANGIT KETUJUH
Dan sekarang seseorang itu dah memperbaiki amalannya. Kali ini dia berkasih sayang sesama ummah. Pantang jumpa orang,di tegur dan di sapa. Peramah dan ringan tulang.membantu warga emas melintas jalan. Serta membantu golongan memelukan. Kini amalan tersebut singgah di langit ketujuh. Tugas Malaikat penjaga pun memeriksa buku amalan yang di bawa oleh Malaikat Hafazah tadi.
Rupa amalan tersebut cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata "Saya ini penjaga sum'ah (ingin mahsyur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak."
-Rasa masyur dalam ibadah menghalang kita dari melintasi langit ketujuh. Dah perjalanan akhir dah ni..sangat rugi. Ibadahnya hanya ingin masyur semata. Oleh itu masyurkanlah dia di dunia dan bukan di langit ketujuh ini. Di sini,tidak ada kemasyuran seperti itu.
SETELAH MELEPASI LANGIT KE TUJUH
Akhirnya, amalan itu telah berjaya melepasi tiap tiap pintu langit. Seterusnya catatan amalan itu dibawa lagi naik melintasi hijad hijad dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t, Tuhan Alam semesta ini, Adapun amal si hamba yang di bawa yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t.
Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan "Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."
"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."
"Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalanya ini? Laknat-Ku tetap padanya!"
Ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami semua bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat."
-Kita lupa bahawa Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.Yang di depan mahupun dibelakang.Kita tak mampu untuk menyembunyikan sedikitpun dari Tuhan yang satu.kemurkaan Allah melaknat hambanya yang catatan amalnya sedikit pun tidak diterima Allah s.w.t.Kita tidak mengejarkan sesuatu demi Allah semata,Malaikat hanya mencatat setiap solat kita,sedekah,amal amal kebajikan,puasa,dan amal soleh lain,akan tetapi Allah jua yang membalasnya.Allah s.w.t mengetahui,apa yang kita fikirkan di dalam solat,niat sedekah kita ingin membantu mereka serba kekurangan atau hanya terpaksa atau mungkin meraih kemasyuran.Seharusnya kita sentiasa mengingati Allah dalam tiap tiap pekerjaan,kerana hanya Allah yang akan membalas setiap amalan kita.
Selanjutnya kita mengakhiri Kisah ni dengan pertanyaan Muaz Bin Jabal yang tersangat tersentuh dan bimbang akan amalan catatannya kelak hingga menangis teresak.
Apa Tindakan Yang Perlu?
Saidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?"
Sabda Rasulullah "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."
Muas bertanya kembali "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimanakah saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"
Bersabda Rasulullah: "Ya begitulah.... kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib.
- Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.
- Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.
- Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat.
- Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik.
- Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhira.t
- Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu.
- Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan.
- Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.
Muaz bertanya lagi "Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?"
Jawab Rasulullah:
"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."
Semoga bermanfaat buat semua.. Wallahua'lam