Mesti tengok jagung ganjil di temui di Sik Kedah

Perbezaan antara jagung ganjil (kanan) dan jagung biasa yang ditanam seorang warga emas di Kampung Belantik, Sik semalam.


SIK – Seorang warga emas terkejut apabila sebatang pokok jagung yang ditanam di kebunnya di Kampung Belantik di sini mempunyai bentuk dan saiz buah yang ganjil berbanding jagung biasa.

Perkara itu disedari Khajah Ahmad, 74, ketika membersihkan kawasan kebun itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya kelmarin.

Menurut anaknya, Osman Jab, 40, jagung yang ditemui ibunya itu bukan sahaja mempunyai saiz yang agak besar, malah berwarna kelabu kehitaman.

“Jika dilihat sekali imbas, isinya berbentuk se­perti cendawan dan tersusun elok seperti susunan butiran jagung biasa.

“Bagaimanapun, disebabkan bentuknya yang ganjil kami sekeluarga tidak berani untuk makan kerana bimbang ia beracun dan boleh memudaratkan kesihatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Osman, penemuan jagung yang kelihatan agak pelik itu kali pertama berlaku sejak ibunya menanam jagung di kebun itu beberapa tahun lalu.

“Selain menoreh getah, ibu menanam jagung di kebun ini untuk dimakan sendiri sahaja namun, tidak sangka kali ini ia mengeluarkan buah yang mempunyai saiz dan bentuk berbeza berbanding jagung-jagung lain.

“Apa pun, kami anggap kejadian ini mempunyai hikmah di sebaliknya. Malah, sejak penemuan jagung ini ramai jiran tetangga yang datang ke rumah kami untuk melihatnya dengan lebih dekat,” ujarnya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »