ORANG GILA BUAT KECOH JENUH PUJUK NAIK PATROL CAR


Kuala Terengganu: Tindakan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bermain di bahu jalan dan menyepak kon di Jalan Budiman di sini, semalam menyebabkan suasana di kawasan berkenaan kecoh seketika.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi, kehadiran lelaki berusia 20-an itu menarik perhatian orang ramai terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Sebelum kejadian, lelaki yang dipercayai berasal dari kampung berhampiran dilihat bermain-main di bahu jalan di depan pintu pagar SK Seri Budiman.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, lelaki itu mula bertindak agresif dengan menyepak setiap kon yang ada di bahu jalan dan terkena pada penunggang motosikal sehingga menimbulkan kekecohan.

“Kekecohan berlaku apabila orang ramai yang terkena kon cuba membelasah lelaki itu, mungkin mereka tidak tahu statusnya yang kurang siuman,” katanya.

Saksi terpaksa menghubungi pihak polis apabila lelaki kurang siuman berkenaan berbaring diatas kenderaan orang awam.

Pihak polis terpaksa menahan lelaki terbabit namun lelaki berkenaan memanjat bumbung kereta polis dan berdiri tidak mahu turun.

Akhirnya, bapa lelaki tersebut tiba setelah dihubungi rakan dan berjaya memujuknya untuk dibawa pulang kerumah.

Menurut bapanya, anaknya itu hanya akan pulang rumah dengannya sahaja.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »