10 Fakta Sebenar Mr Bean Yang Tidak Ramai Orang Tahu

Satu dunia mengenali figura ini. Itulah Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean yang sering kita ketawa tiap kali melihat aksinya. Dia di anggap bodoh dalam sitcom nya tetapi tahukah anda ada 10 fakta sebenar Mr Bean yang tidak ramai orang tahu sebenarnya.
10 fakta sebenar mr bean
So mari kita lihat 10 fakta sebenar Mr Bean yang tidak ramai orang tahu, pasti anda kagum sebentar lagi.
1. Rowan adalah berkelulusan dari Universiti Newcastle dan Universiti Oxford dalam bidang Self-Tuning Control System.
2. Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair adalah rakan kelas nya semasa mereka sama2 menuntut di Durham Choristers School.
3. Rowan Atkinson bukan nya penakut seperti mana di gambarkan dalam Mr Bean. Dia gemar memandu laju dan mempunyai koleksi kereta lumba jenis Aston Martin, Audi, Honda dan Mc Laren F1. Bagaimanapun dia tidak suka Porsche kerana bukan jenis kesukaannya.
4. Dia pernah alami kemalangan yang teruk semasa memandu Mc Laren F1 pada tahun 2011.
5. Rowan juga menjadi penulis sambilan dalam majalah kereta di Britain.
6. Semasa majlis perkahwinan di raja antara Putera William dan Kate Middleton, Rowan telah mendapat jemputan sebagai tetamu yang sama kelas dengan keluarga di raja.
7. Mr Bean ini adalah peminat siri filem James Bond dan pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Never Say Never Again bersama Sean Connery pada tahun 1983.
8. Hartanya di anggarkan sekitar 130 juta dolar. So Mr bean bukanlah sengkek sangat macam dalam sitcom tu.
9. Pada tahun 2001 semasa dia dan keluarga bercuti ke Kenya di Afrika, pesawat ringan yang mereka naiki mengalami masaalah bila juruterbang menjadi tidak sedar, Rowan mampu mengawal pesawat itu hingga selamat mendarat.
10. Nama asal watak Mr Bean adalah Mr White yang kemudiannya di tukar kepada Mr Cauliflower dan akhirnya kepada Mr Bean yang terus melonjakkan namanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »