Isteri Cedera-parah, Suami Meninggal Dunia Diseret Kenderaan


KUCHING: Seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera parah apabila pasangan tersebut terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub dekat sini, petang tadi.

Identiti mangsa dikenalpasti sebagai Yakmin Shah Said Ghulam Shah, 47-tahun, dipercayai sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara isterinya, Noraini Karani 43-tahun, dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi, pasangan suami isteri tersebut sedang menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan menuju ke Matang Batu 10.

Adalah dipercayai, motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar kereta yang berhenti di bahu jalan.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa terhumban di jalan sebelum Noraini dilanggar perodua Viva yang dipandu seorang wanita yang datang dari arah sama.

Lebih malang lagi, Yakmin turut dilanggar sebuah Proton Wira yang datang dari arah sama sebelum diseret beberapa meter dari tempat kejadian. - Sarawakiana


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »