TANDA-TANDA HIDUP TIDAK BERKAT

hidup tak berkat

1. DUIT BANYAK TAPI CEPAT HABIS
Tak tau duit pergi ke mana. Pendapatan bertambah tapi asyik tak cukup je. Duit banyak dihabiskan kepada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit banyak sedekah pun kenalah bertambah. Tapi tak, jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah tapi duit habis entah ke mana....

2. BUAT KERJA TAK SIAP
Projek ada macam-macam idea, tapi satu pun tak berjaya. Pelbagai usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala, satu pun tidak berjaya. Kalau ada yang menjadi tapi tidak seperti yang dirancangkan... 

3. BUAT SESUATU TAK DAPAT MANFAAT
Baca buku banyak tapi satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri tunggang langgang.

4. MASA HABIS DENGAN SIA-SIA
Konon nya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia... Leka main FB tanpa tujuan yang berfaedah, leka tengok TV, leka main kucing, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang masa 5 minit bacaal- Quran pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir tak buat. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas. DUIT ADA, TAPI MASIH BELUM TUNAIKAN FARDHU HAJI.

Allah...
Moga kita dapat menghindarkan diri daripada tanda-tanda tersebut. Segala perbuatan mestilah niat kerana Allah, baru datangnya berkat. InsyaAllah
Nasihat untuk diri sendiri juga.

# Jom kongsi sedikit ilmu ini yang saya terbaca di FB. Moga kita sama-sama dapat manfaat atas perkongsian ini. InsyaAllah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »