Anak Hijjas Kasturi Kurang Ajar dan Penyokong Tegar ‘Bersih’

Anak Hijjas Kasturi Kurang Ajar dan Penyokong Tegar ‘Bersih’


Semalam, media melaporkan, Bilqis Hijjas, anak arkitek Melayu terkemuka, Hijjas Kasturi, bukan sahaja memilih untuk menyertai Bersih 4 tetapi juga dengan sombong cuba memalukan Perdana Menteri di dalam suatu majlis rasmi kerajaan.
Bilqis, 35, dikatakan menggugurkan belon berwarna kuning yang tertulis “democracy”, “free media” and “justice” kepada Perdana Menteri semasa upacara perasmian DiverseCity International Arts festival di Pavilion Ahad lalu. Belon-belon ini dikatakan simbol perhimpunan haram Bersih 4.
Menurut Mykmu Hijjas Kasturi memperolehi kekayaan melalui projek-projek kerajaan Barisan Nasional. Antara projek kerajaan yang diraih oleh Hijjas Kasturi ialah rekaan bangunan Menara Maybank, Menara Tabung Haji, Menara Telekom Malaysia, Putrajaya Convention Centre dan puluhan lagi menara syarikat berkaitan kerajaan dimonopoli oleh beliau.
Tidak, kita tidak mahu membawa isu Bilqis dan keluarganya yang sudah menjadi seperti orang Inggeris ini mengenang budi kerajaan BN dan UMNO.
bilqis1Ini negara demokrasi sesiapa sahaja bebas menyokong apa-apa ideologi pun selagi tidak menyalahi undang-undang negara.
Namun untuk rakyat Malaysia mengganggu acara Perdana Menteri hanya kerana mempunyai idea dan ideologi yang berbeza dengan pentadbiran negara sangat biadap dan kurang ajar.
Mungkin dibesarkan oleh ibunya yang datang dari Australia, (kaum imigran asal Australia adalah penjenayah dari Britain), Bilqis tidak begitu memahami adab budaya Melayu dan Asia.
Namun dalam konsep demokrasi barat pun, mereka yang menganggu majlis pemimpin negara kerana berbeza pendapat tidak diterima sebagai satu budaya dan sebahagian demokrasi.
Apa akan jadi jika semua rakyat yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri bebas mengganggu majlis rasmi? Apa pula akan jadi jika orang yang tidak bersetuju dengan rekaan bapannya bertindak mencemuh dan mengganggu acara syarikat bapanya? Apakah ia boleh diterima?
Ini bukan lagi soal demokrasi, ini soal cuba memalukan Perdana Menteri! Jika hari ini tiada tindakan undang-undang diambil, esok ramai lagi akan mengikuti. Akhirnya negara ini akan menjadi anarki.
Sehingga kisah ini ditulis bapanya langsung tidak menegur tindakan biadap anaknya, apatah lagi memohon maaf.
Selebihnya, kita mahu lihat pemimpin GLC mana yang masih lagi berani lagi memberi sebarang kontrak kepada syarikat ini.
Kesabaran harus ada had! Banyak lagi arkitek berwibawa di negara ini bukannya Hijjas Kasturi semata-mata.
Anda mungkin kaya, tapi ia bukan memberi hak anda untuk memalukan Perdana Menteri dan kerajaan sesuka hati!-MYKMU.NET
Nota:
Lihat sahaja di sini senarai projek Hijjas Kasturi dari kerajaan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »