5 Punca Tubuh Gemuk Yang Tidak Disedari Wanita

Lebih berat badan atau obesiti merupakan antara masalah kesihatan yang paling besar di dunia. Seseorang yang memiliki berat badan yang berlebihan atau dalam istilah yang mudah 'gemuk' mempunyai risiko yang tinggi mendapat beberapa penyakit antaranya kencing manis, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Berpunca dari itu, ramai yang cuba berdiet untuk menurunkan berat badan mereka. Ada yang sampai sanggup menahan lapar berjam-jam semata-mata ingin kurus. Tidak kurang juga yang sanggup menelan pelbagai jenis ubatan untuk membuang lebihan lemak dari dalam badan biarpun mengetahui akan kesan sampingan menelan ubat-ubatan untuk kuruskan badan.
5 Punca Tubuh Gemuk Yang Tidak Disedari Wanita.
Ramai yang mengaitkan kadar metabolisma, makan secara berlebihan dan kurang bersenam sebagai punca seseorang menambah berat badan. Ramai yang tidak menyedari bahawa hakikatnya ada pelbagai punca yang lain yang menyebabkan seseorang itu gemuk.
5 Punca Tubuh Gemuk Yang Tidak Disedari Wanita.
Genetik - Kegemukan atau obesiti mempunyai kaitan dengan genetik. Individu yang mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang gemuk akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding individu yang mempunyai ahli keluarga yang kurus.
Makanan Ringan - Kita seringkali dinasihatkan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang dan mengelak dari pengambilan makanan ringan. Kenapa? Tidak kira makanan ringan atau makanan segera (junk food atau fast food) kesemuanya mengandungi bahan kimia yang boleh membuat seseorang menjadi 'ketagih' untuk makan dalam kadar berlebihan. Biarpun makanan ringan agak murah harganya dan mudah didapati, namun ianya tidak menyihatkan. Selain bahan perisa dan pewarna yang berlebihan ia juga turut mengandungi kandungan minyak yang berlebihan.
Pengambilan Ubat-Ubatan - Ada pelbagai jenis ubatan yang kesan sampingannya akan membuatkan berat badan seseorang individu itu meningkat. Contohnya seperti pil perancang kehamilan, ubat penyakit diabetes dan pelbagai ubatan yang lain. Pengambilan ubatan ini akan merubah fungsi badan dan otak menyebabkan badan akan mula mengumpul lemak dan bukannya membakarnya.
Pengambilan Gula Secara Berlebihan - Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula juga boleh menjadi penyebab utama berat badan seseorang itu meningkat secara mendadak. Ada segelintir yang beranggapan minuman tidak akan mengemukkan. Namun mungkin mereka tidak sedar, pengambilan minuman yang manis contohnya minuman berkarbonat turut meningkatkan risiko obesiti.
Ketidakseimbangan Hormon - Masalah hormon juga boleh menjadi punca seseorang individu mudah menambah berat badan. Contohnya seperti hormon Leptin. Hormon Leptin dihasilkan oleh sel-sel lemak dan fungsinya adalah untuk menghantar isyarat ke bahagian otak untuk mengawal pengambilan makanan. Bila leptin gagal berfungsi dengan baik, ia tidak dapat menghantar isyarat kepada otak untuk mengawal pengambilan makanan.
Mudah-mudahan dengan perkongsian informasi ini akan memberikan sedikit pencerahan kepada anda tentang punca berat badan seseorang naik biarpun individu tersebut kerap berdiet. Apa yang penting adalah mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Lebihkan makanan yang menyihatkan, banyakkan minum air putih dan rajin-rajinlah bersenam.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »