Pelakon Sharifah Amani Bangga Berbaju Kurung Di Cannes Paris


Pelakon Sharifah Amani baru-baru ini menarik perhatian ‘followers’ di Instagram miliknya selepas memuat naik foto aksi dan telatah dengan berbaju kurung cotton di Cannes, Paris.

Umum kita mengetahui Cannes adalah destinasi popular dan terkemuka buat pelakon dunia, berhimpun untuk festival filem antarabangsa yang diadakan setiap tahun.

Apa yang menarik apabila melihat kepada foto Amani yang bersahaja dan bangga memakai baju kurung berwarna merah jambu menunjukkan dia seorang yang teliti dan memelihara budaya bangsanya.

Almaklumlah, kebanyakan antara kita lebih gemar memakai baju kasual dan moden dan agak malu untuk memakai baju kurung di acara-acara berprestij.

Keberanian Amani mempamerkan budaya melayu di luar negara amat baik dan boleh dijadikan ikutan ramai terutama anak-anak muda. - AstroGempak

Sumber: Portal Murai

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »