tu diaa !!! belum apa-apa lagi dah kena belasah.siapa yang belasah Tan Sri Muhyiddin Yassin ??? Selepas mengaku “tunggul” di atas pentas UMNO,Muhyiddin yang kini “dihanyutkan arus”ternyata tidak mendapat tempat di hati Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) apabila menolak penyertaan ahli Parlimen Pagoh itu untuk berada di atas pentas PKR dalam siri jelajah yang bakal dianjurkan.“Muhyiddin tidak patut diangkat sebagai hero rakyat”,begitulah antara komentar dari Penyelaras Muda SAMM,Faisal Zainal Timbakan yang juga Ketua Angkat Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang sambil memilih untuk bersama-sama rakan Pakatan Harapan lain berbanding mantan Timbalan Presiden UMNO itu dalam jelajah tersebut.
Penolakan itu bukanlah mengejutkan,kerana SAMM mungkin menduga bahawa Muhyiddin akan bercerita soal 1MDB,walhal Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara,YB Dr. Tang Seng Giaw berkata bahawa Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung dengan kelemahan pentadbiran dan pengurusan oleh 1MDB.Mungkin juga SAMM tidak mahu menanggung malu dengan membiarkan Muhyiddin berhujah sedangkan sebelum ini,dia sering mendakwa tidak tahu,tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan dia tidak faham mengenai 1MDB melainkan selepas membaca The Edge dan pelbagai alasan lagi.Apakah Muhyiddin sekadar boneka yang berkata-kata,yang hanya mampu berhujah dengan “skrip” yang telah diberikan semata ??? Kalau hanya berkata-kata,burung kakak tua juga pintar berkata-kata.
“Jong jong inai,mak ipong raja wali,sepak tunggul inai, berdarah ibu kaki”. Itu sebahagian dari bait-bait lagu rakyat,yang menceritakan bahaya tunggul kepada masyarakat kita.Resmi tunggul,jika tersadung boleh membawa rebah.Mungkin itu kekhuatiran yang ada pada SAMM lantas mengambil tindakan untuk tidak membenarkan “tunggul” di halamannya.Hebat juga percaturan politik jika meletakkan Muhyiddin bersama PKR dan Tun M menguasai Pakatan Harapan.Pandai-pandailah Kak Zah bawa diri.Anwar gigit jari.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN