MAHATHIR meloncat marah kerana Najib tidak membantu dengan kuasanya selaku Presiden UMNO untuk memenangkan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO. Mukhriz juga gagal dalam pertaruhan untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Kekalahan Mukhriz benar-benar mengecewakan Mahathir walaupun pada masa yang sama, pujukan dibuat dengan perlantikan Mukhriz mengetuai Kerajaan Negeri Kedah.
MUKHRIZ membalas kepercayaan perlantikan tersebut dengan bersikap sambil lewa serta ambil mudah dengan dia sendiri sekadar menjadi Menteri Besar Kedah selama tiga atau empat hari seminggu. Lepas itu sibuk terbang balik ke Kuala Lumpur atau ke luar negara bersama-sama ahli keluarganya.
SEKARANG selepas kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah, semakin rajin pula dia merayap sana sini berhubung dengan Ketua-Ketua Cawangan; tapi hanya semata-mata kerana keinginannya untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Pada mulanya disambut gilang-gemilang kerana mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan NGO-NGO penentang Kerajaan; tapi kini dilihat sebagai satu ancaman dan bahaya yang amat besar kepada kedudukan Mukhriz sendiri. Mungkin beliau perlu ditunjuk pintu keluar oleh UMNO!
RAMAI yang kecewa dan marah kerana Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Apdal serta beberapa orang yang mendapat manfaat besar daripada UMNO di bawah Najib, telah berada dalam satu saf bersama-sama DAP dan PKR; yang dikatakan sebagai pengancam keselamatan negara, chauvinist dan segala imej hitam oleh Mahathir. Tiba-tiba menjadi sahabat sekongkol.
KINI, pemimpin DAP dan PKR tidak bersetuju persekongkolan dengan Mahathir yang mereka sifatkan sebagai zalim dan menjadi punca kepada segala masalah di negara ini. Masing-masing mula mengungkit perbuatan Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
YANG menjadi mangsa kini adalah Mukhriz Mahathir yang bakal kehilangan segala-galanya, terutama sekali pengaruhnya di Kedah. Mahathir yang bijaksana, telah melakukan kesilapan terbesar. Mukhriz kena cepat-cepat menyeberang ke Pembangkang bagi terus menghidupkan cita-cita bapanya agar dia dapat menjadi Perdana Menteri!
ITU pun kalau dia mampu mengalahkan anak-anak Kit Siang dan Anuwar Ibrahim yang lebih berpengalaman; Izzah dan Guan Ing yang lebih bijak mendepani penyokong dan penentang serta isu-isu seputar mereka.