Kevin dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan penemuan terbabit.
Menurut Shuhaily, setakat ini kenderaan itu masih belum dapat disahkan modelnya kerana kemusnahan teruk yang dialami.
Menurutnya lagi, pihaknya kini masih menunggu jawapan pakar bagi mengesahkan model kereta terbabit.
"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya," katanya memetik laporan BH Online.
Namun tiada mayat dijumpai di dalam kenderaan tersebut.
Kevin dilihat kali terakhir pada pagi Jumaat lalu ketika beliau meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta.
Kevin Anthony Morais bekas pegawai pendakwa SPRM ‘hilang’
Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Berita kehilangan Kevin menjadi viral di media sosial selepas ahli keluarganya merayu orang ramai yang tahu keberadaan Kevin supaya menyalurkan maklumat.
Kevin sebelum ini bertugas di SPRM sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya SPRM sebelum beliau ditukarkan ke Jabatan Negara pada 15 Julai lalu. sumber
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"