Sayu : Nota terakhir Cikgu Fara nak bakar makhluk halus ( 8 Gambar )

Melaka: Seorang guru wanita sekolah pelajar istimewa, 37, ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Nibong, Paya Dalam, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Menurut keluarga, mangsa yang maut adalah Fara Wahidah Ali, seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak dan sedang mengambil cuti sakit.

Bapanya Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kejadian kebakaran itu apabila tersedar dari tidur kira-kira 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat cahaya api menerusi cermin tingkap rumah.

"Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.


"Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Mengikut rakan-rakan dan saudara mangsa, ada yang mengatakan mangsa telah diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mangsa bertindak sedemikian. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »