Bertuahnya tuan punya jasad orang di dalam gambar ini, mana tidaknya sesuatu yang pasti diimpikan oleh setiap Muslim di muka bumi ini yang sudah pasti membangkitkan keinsafan kepada kita yang melihatnya.
Seorang lelaki yang merupakan seorang bilal Masjid Al-Amirah Hussah di Jeddah telah rebah pada pagi 30 Jun lalu selepas selesai mengaazankan azan Subuh.
Beliau yang berumur 54 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selesai menyebut “La ilaha Ila Allah” yang merupakan baris terakhir di dalam azan.
Dibawah adalah kepsyen yang disertakan bersama gambar berkenaan.
Apa yang SK dapat katakan tentang lelaki ini, beliau memang bertuah berdasarkan hadis Nabi.
Satu hari Nabi Muhammad S.A.W mendengar Muadzin mengucapkan ’Asyhadu alla ilaha illallah’. Lalu beliau mengatakan pada muadzin tadi,
« خَرَجْتَ مِنَ النَّارِ »
”Engkau terbebas dari neraka.” (HR. Muslim no. 873)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk syurga” (HR. Abu Daud.Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)
Yang pasti beliau semestinya seorang yang hebat di kala Allah menjemput beliau di dalam keadaan yang sungguh mulia.
Gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi.
Apapun dan siapapun beliau, kita yang hidup ini ambillah kejadian ini sebagai contoh. Bagaimanakah saat kematian kita nanti? layakkah kita meninggal dalam keadaan seperti ini dengan amalan kita lakukan sekarang?
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya sentiasa dirahmatiNya