Anak TPM Kutuk Peserta Bersih, Label Sebagai 'Kerja Bodoh'



KUALA LUMPUR: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'.

Nurulhidayah Ahmad Zahid, melalui laman Facebook berkata tindakan peserta perhimpunan itu hanya membuang masa, selain turut menyifatkannya demonstrasi jalanan sebagai sudah tidak lagi relevan.

Kata Nurul, adalah lebih baik jika mereka yang terlibat dengan Bersih menyertai pasukan askar dan  menyertai Ops Pasir (pasukan peronda tentera di perairan timur laut Sabah).

Nurul Hidayah FB

Status Facebook Nurul Hidayah.

Tindakan itu adalah jauh lebih bermanfaat kerana sekurang-kurangnya, mereka dapat membantu mempertahankan negara.

Lebih memalukan, kata Nurul, seluruh dunia memerhati dan berpendapat Malaysia kini dalam keadaan kacau bilau kerana perhimpunan tersebut.

Nurul juga turut mengimbas kembali bagaimana dia turut terlibat dengan demonstrasi yang hampir serupa pada tahun 1998, ketika ramai meminta bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir meletak jawatan. - Astro Awani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »