Apa kata anda bila mendengar seorang wanita yang berusia 100 tahun masih mampu untuk berenanag sejauh 1,500 meter.Mungkin jarang kita dengar ataupun mungkin tidak pernah kita dengar langsung kan.
Tapi ini lah yang berlaku di Jepun apabila seorang wanita yang berusia 100 tahun menjadi orang pertama berumur seabad menamatkan acara renang 1,500 meter gaya bebas.
Mieko Nagaoka mencatatkan kejayaan itu selepas 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan.
Dia mencatatkan masa sejam 16 minit untuk menamatkan perlumbaan itu, satu-satunya peserta dalam kategori umur 100 hingga 104 tahun di kolam renang saiz kecil di Ehime, barat Jepun.
“Saya mahu berenang sehingga umur saya 105 tahun, jika saya hidup sehingga usia itu,” kata Mieko.
Kejayaan itu dijangka akan diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness tidak lama lagi.Wanita berkenaan yang menerbitkan buku berjudul ‘I am 100 Years Old and The World’s Best Active Swimmer’ (Saya berusia 100 tahun dan perenang paling aktif di dunia) bukan asing untuk acara berenang 1,500 meter.
Dia juga pernah menamatkan jarak berkenaan ketika berusia 99 tahun di kolam saiz Olimpik.
Mieko mula belajar berenang ketika berusia 80 tahun, antara rakyat Jepun yang semakin ramai menikmati usia lebih panjang dan kehidupan lebih sihat

Ha ,agak-agak anda la kan, dalam malaysia kita ni ada ke tidak orang yang macam ini???