Kahwin 10 suami dalam masa 10 tahun

11 tahun 10 suami
11 tahun 10 suami
New York: Inilah wanita yang lebih hebat daripada Elizabeth Taylor dari segi jumlah perkahwinan.
Lianna Barrientos, 39, berkahwin dengan 10 lelaki dalam masa 11 tahun dan satu ketika, melangsungkan perkahwinan dengan enam daripada mereka pada tahun sama.
Lianna Barrientos minggu lalu ditangkap pihak berkuasa kerana berkata perkahwinannya yang ke-10 pada 2010 adalah yang pertama.
Dia kahwin kali pertama pada 1999 dengan Mohamed Gerbril, diikuti dengan Ahmed Allam pada 2001, kemudian dengan Habibur Rahman, juga pada 2001, lapor akhbar New York Times.

Menurut akhbar itu, wanita itu berkahwin dengan enam lelaki pada 2002 – Davit Koridze, Duran Goktepe, Aliaksandr Paharelau, Vakhtang Dzneladze, Rashid Rajput dan Kakhaber Khorbaladze.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »