Inilah Cara Paul Walker “Dihidupkan” Kembali Dalam Fast & Furious 7

Inilah Cara Paul Walker “Dihidupkan” Kembali Dalam Fast & Furious 7

Kepada mereka yang sudah menonton filem Fast & Furious 7, pastinya pelik apabila watak Brian O’Connor yang dipegang oleh Paul Walker boleh dihidupkan kembali dalam filem ini lantaran mendiang telah disahkan mati pada akhir tahun 2013 selepas terlibat dalam satu kemalangan maut.

Kematian Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7 selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast & Furious 7 masih dalam proses pembikinan.

Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.

Bagi menjadikan filem ini real dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast & Furious 7 ini.

Proses mengklon watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker digunakan untuk pandangan mata.

Teknologi canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang tepat.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »