Sudah lama tidak mendengar khabar bekas suami Abby Abadi, Farhan. Rupa-rupanya beliau telah selamat bertunang dengan wanita idaman beliau. Tidak terlewat untuk kami mengucapkan tahniah buat Farhan, bekas suami ke 2 Abby Abadi.
Farhan telah mengikatkan tali pertunangan dengan seorang kakitangan Jabatan Kastam bernama Noriah Mat Isa pada 21 Mac lalu. Dari apa yang kami tahu, Noriah merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak.
Apapun tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Farhan dan Noriah, jangan lupa jemput admin kenduri kahwin nanti.