Hanya kerana meminta tentera Israel untuk berlaku adil, seorang lelaki warga Palestin ditembak dalam satu kejadian di Hebron baru-baru ini.
Klip video kekejaman Israel tersebut dikongsi seorang wartawan Al Jazeera, Khadija Benguenna di halaman Facebooknya dan telah menerima lebih 80 ribu perkongsian sejak dimuatnaik semalam.
Menerusi video, mangsa, Ziad Al-Haleel, 65, dengan beraninya berdepan dengan lima tentera Israel yang lengkap bersenjata semata-mata mahu meminta mereka berhenti menembak kanak-kanak.
Pada minit ke 0.26, dapat dilihat salah seorang tentera Zionis ini cuba menakutkan Ziad dengan menembak ke arahnya di mana das tembakan tersebut sangat menghampiri kepala mangsa.
Malangnya, selang beberapa masa kemudian permintaan Ziad masih tidak diendahkan sebaliknya dia ditembak oleh salah seorang tentera Israel.
Video ini juga disiarkan oleh BBC News semalam tetapi hanya sebahagian sahaja disiarkan, yang mana tidak menampakkan Ziad mati ditembak tentera Israel.
Dalam laporan media, Israel mendakwa mangsa cuba menyerang mereka menyebabkan tindakan menembak terpaksa diambil.
Bagaimanapun, dalam video yang tersebar, mangsa dilihat tidak berbuat demikian dan hanya berdiri kaku sebelum ditembak dengan sengaja oleh tentera Israel.
Media barat sememangnya dilihat sebagai ‘penakut’ sejak dahulu lagi ditambah pula jika babitkan negara kuasa besar dan mempunyai kepentingan seperti Israel.
Dalam kejadian sebelum ini, seorang wanita ditembak mati oleh tentera Israel kerana enggan membuka tudung seperti diarahkan. – sumber