KENA 'BOO...' GARA - GARA NAK TUTUP KAIN YANG TERLONDEH!!!

Kesian! Nampak gayanya cubaan pemimpin PAS sorang ni hanya sekadar memalukan diri dia sendiri. Nampak sangat yang dia sendiri pun tak faham dasar perjuangan parti PAS tu selama ini.

Rata - rata perwakilan tidak berpuas hati dengan tindakan Hanipa yang mendakwa Presiden PAS membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat sebelum mengemukakan RUU perlaksanaan Hukum Hudud tu di Parlimen.

Sebelum ini pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Si Hanipa tu turut menerima nasib yang sama apabila dia turut diejek dengan sorakan "boo" ketika mengulas mengenai isu krisis politik di Selangor.

Terdahulu pada permulaan sesi pembentangan laporan tahunan 2014, seorang perwakilan dari Segambut mempersoalkan peranan Hanipa yang tidak mempertahankan tindakan Hadi dalam isu hudud.
 "Saya ingin bertanya, Hanipa selaku pengerusi lajnah undang-undang...tapi kenapa buat kenyataan yang bertentangan dengan presiden? Beliau sepatutnya mempetahankan presiden dalam isu hudud," katanya sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan.
Tidak senang dengan soalan dianggap berupa 'Serangan Peribadi' oleh perwakilan berkenaan, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang tu tampil untuk memberikan penjelasan.
 "Saya perlu jelaskan supaya apabila tuan-tuan mengundi nanti tidak dalam keadaan masih lagi percaya dengan benda tak betul...tuduhan terhadap saya. Saya ingin bertanya kat mana ada kenyataan saya yang menyebut bertentangan dengan presiden supaya senang saya menjawab.
 "Isunya bukan hudud, tapi cara RUU persendirian itu dibawa ke Parlimen. Kami AJK PAS Pusat tidak pernah dimaklumkan. Ketua whip (Mahfuz Omar) juga tidak tahu," katanya.
Soalnya, kenapa pulak Presiden nak kena maklumkan kepada Jawatankuasa Pusat sedangkan isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tu dah jadi nadi kepada PAS sejak sebelum ini?

Dari kenyataan yang dibuat oleh Si Hanipa Maidin tu sahaja sudah boleh kita lihat ketidak-akuran dia sebagai seorang pemimpin terhadap kepimpinan PAS serta ketaatan dia kepada perjuangan parti.

Apa yang jelas, pendirian Si Hanipa Maidin tu dilihat lebih cenderung menyebelahi puak - puak DAPigs yang selama ini turut menentang perlaksanaan Hukum Hudud dengan alasan yang bukan - bukan.

Bagi sesetengah pihak, jika benar sekali pun isu perlaksanaan Hukum Hudud tu tidak dibentangkan sebaiknya oleh Presiden, maka selaku seorang pemimpin dia sepatutnya mempertahankan Hadi Awang tu dari diserang oleh DAPigs. Bukannya dia pun tumpang sekaki!!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »