Suami dan rakan didakwa cederakan isteri

Suami dan rakan didakwa cederakan isteri

Suami dan rakan didakwa cederakan isteri


SEREMBAN - Seorang suami dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tuduhan mencederakan isteri kepada lelaki itu menggunakan parang di Port Dickson, Khamis lalu.


Tertuduh, K. Saravanan, 26, kakitangan pengurusan sebuah hotel dan Ahamad Mohd. Latif, 23, seorang buruh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas mencederakan D. Megala, 24, kira-kira pukul 6.40 petang pada 1 Oktober lalu di Taman PD Utama, Port Dickson, dekat sini.

Mahkamah menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula kes dan mendapatkan laporan perubatan mangsa. - Kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »