SAYU SEORANG SUAMI-KUTIP CEBISAN MAYAT ISTERI YANG KEMALANGAN.


Cheras – Kuala Lumpur: Pagi Selasa Berlaku Satu Kemalangan Ngeri Melibatkan Sepasang Suami Isteri Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isterinya, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelinyang dari rumah mereka di Baju 9 Cheras.
Dalam keadaan yang sempit disebab oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawa mereka cuba mengelak sebuah kereta mewah yang melalui jalannya itu lalu hilang kawalan dan terjatuh.
Malangnya bagi pasangan tersebut apabila ada sebuah lori sarat dengan pasir mengekori mereka dari belakang terus menggilis si isteri. Manakala si suami pula telah selamat kerana dia berada di tengah-tengah ruang antara tayar lori terbabit. 
Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.
Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.
Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.
Menyedihkan lagi, pasangan ini mempunyai seoarang anak lelaki yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary. 
Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin. -SiakapKeli.com









Share this

Related Posts

Previous
Next Post »