GAY YAHUDI CIUM MUSLIM



LOS ANGELES – Penyanyi popular dari Amerika Syarikat (AS), Madonna mencetuskan kontroversi setelah memuat naik foto seorang lelaki Muslim dan Yahudi hampir berciuman menerusi akaun media sosial, Instagram. 

Akhbar berpengaruh Britain, The Independent melaporkan pada Isnin bahawa gambar itu jelas menyentuh isu sensitif konflik Palestin-Israel malah Madonna juga menambah tulisan #rebelhearts di kapsyen foto tersebut. 

Ramai peminat Madonna di Instagram memberi reaksi bercampur-baur terhadap gambar itu dan perbahasan berlarutan sesama mereka yang percaya gambar itu kurang sesuai mengikut nilai-nilai agama Islam dan Yahudi. 

Namun ada berpendapat foto itu adalah mesej cinta positif manakala salah seorang menulis: “Islam tidak sokong homoseksual. Jika ada orang tidak suka dengan itu, maka mereka tidak harus menjadi Muslim. Ia semudah itu.” 



Bagaimanapun ada yang lain percaya itu adalah fikiran sempit. Seorang lagi menulis: “Jika foto ini menunjukkan cinta antara dua manusia menyebabkan kekecohan, anda semua ada terlalu banyak masa. Ini cinta, ini manusia!” 

Ini bukan kali pertama Madonna atau nama sebenarnya Madonna Louise Veronica Ciccone, 56 tahun; yang berasal dari Bay City, Michigan, AS itu mencetuskan kontroversi melalui gambar yang dimuat naik melalui Instagram. 

Sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar mantan Perdana Menteri Britain, mendiang Margaret Thatcher dengan tulisan #rebelhearts tetapi kemudian memadamkan foto tersebut selepas ramai peminat mengadu. 

Madonna juga pernah menggunakan tulisan #rebelhearts apabila memuat naik siri gambar tokoh-tokoh ikonik seperti mendiang Nelson Mandela, Frida Kahlo dan Martin Luther King Jr, menerusi akaun Instagram. 


Gambar Martin Luther King Jr menerusi Instagram Madonna.



Gambar Frida Kahlo menerusi Instagram Madonna.



Gambar Nelson Mandela menerusi Instagram Madonna.

Itu tentunya mencetuskan kontroversi dan ramai peminatnya melahirkan perasaan kurang senang dengan cara Madonna cuba mengeksploitasi mesej menerusi paparan gambar-gambar tokoh terkenal berkenaan. 

Mengikut pengamatan seorang penulis bebas dari South Carolina, tulisan #rebelhearts itu merujuk kepada seseorang dengan hati pemberontak yang menolak sempadan, serta memperjuangkan diri daripada ketegangan. 

Ironi beliau dilaporkan berbuat demikian sebagai salah satu teknik pemasaran kreatif untuk mempromosikan albumnya yang ke-13 berjudul Rebel Hearts dan sudah pun berada di pasaran antarabangsa sejak 6 Mac lalu. – Agensi/H.A.AMREE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »