Raifal 'Perang Salib', yang dikatakan tak boleh 'disentuh' oleh orang Islam

Raifal 'Perang Salib', yang dikatakan tak boleh 'disentuh' oleh orang Islam. Sebuah syarikat pengeluar senjata di Florida Amerika Syarikat yang terkenal kerana membenci Islam menghasilkan senjata yang diberi nama ‘AR-15 ‘Crusader’ Rifle (Raifal Perang Salib AR-15) yang direka khas supaya tidak ada umat Islam dapat menggunakannya.


Raifal 'Perang Salib', yang dikatakan tak boleh 'disentuh' oleh orang Islam
Senjata itu dibuat lengkap dengan ayat yang dipetik dari kitab injil berbunyi: ‘Blessed be the Lord my Rock, who trains my hands for war, my fingers for battle.’


Jurucakap syarikat berkenaan yang juga bekas komando tentera laut Amerika Syarikat, Ben ‘Mookie’ Thomas memberitahu akhbar Orlando Sentinel: “Tidak akan ada umat Islam yang berani menyentuh senjata ini.


“Sudah sekian lama saya impikan untuk memiliki satu senjata yang jika digunakan oleh orang Islam, ia akan meletup seperti kilat dan membunuhnya.”



Pengarah eksekutif Majlis Perhubungan Muslimin Amerika Syarikat cawangan Florida Hasan Shibly menyelar pembuatan senjata itu dengan bertanya: “Adakan ia direka untuk pengganas Kristian?”



Menurut Hasan, daripada 205 pembunuhan beramai-ramai di Amerika Syarikat, hanya satu yang membabitkan seorang Muslim.


Senjata itu dijual dengan harga AS$1,395 (RM6,000) setiap satu dengan jaminan sepanjang hayat daripada syarikat berkenaan.-7/9/2015

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »