Melihat pada kejelitaan pelakon Nur Fazura Sharifuddin yang kini sedang hangat menerusi drama bersiri, ‘Kisah Cinta’ di TV3, pasti ramai yang akan cemburu dengan empunya badan. Memiliki wajah yang mulus, bibir yang menawan serta sepasang mata yang cantik, Fazura akui cukup menitikberatkan soal penjagaan kesihatan serta kecantikan dirinya.
Ingin tahu rahsia duta jenama Lux, Nutox dan Colgate ini tampil cantik dan sihat, jom kita lihat senarai di bawah.
1. Pelakon yang mesra dengan panggilan Faz ini sangat menjaga soal pemakanannya. Mengakui seorang yang gemar makan dan sering makan banyak, Faz memberitahu akan mengimbangkannya dengan melakukan senaman sebanyak tiga kali seminggu.
2. Pelakon ‘Gol dan Gincu’ ini mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dalam menu hariannya dan banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran.
3. Selain itu, anak jati Pekan, Pahang ini turut memberitahu tidak mengambil minuman berais serta kurangkan minuman berkafien.
4. Faz mengamalkan minum Japanese Green Tea untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan dalamannya.
5. Pelakon berusia 30 tahun ini juga mengakui mengambil suplemen namun dalam kuantiti yang sedikit.
6. Akhir sekali, Faz percaya, dengan berfikiran positif, seseorang itu secara semulajadi akan tampil cantik dan juga sihat!