Polis Sahkan Tahan Individu Hina Mendiang Inspektor Margaret Yang Terkorban Dirempuh Mat Rempit


KLUANG: Pihak polis Johor telah berjaya menahan seorang lelaki yang didapati memuatnaik status di laman sosial menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen yang meninggal dunia semalam selepas wanita berkenaan maut di hospital kerana dirempuh mat rempit dalam satu operasi di si sini.

Perkata ini disahkan oleh  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter, 10.50 malam tadi.

Lelaki berkenaan berjaya dikesan telah menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen dan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor, malam tadi.

Status Khalid berbunyi `Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yang berjaya t'kap orang yang menghina Mendiang Insp Margaret -Trafik Kluang Sebentar tadi.’

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »