MESTI BACA: “Duit Terselit Celah Beg, Disumbat Beberapa Keping Note RM”- Kisah Duit Nafkah 24 Tahun Dari Suami


Kata orang, kehidupan berumahtangga ini haruslah bertolak ansur dan saling bantu-membantu. Ternyata, pasangan ini hidup berbahagia apabila mengamalkan toleransi dalam rumahtangga, terutamanya bab kewangan.
Baik yang belum berkahwin, bakal berkahwin mahupun sudah lama bernikah, kami rasa anda semua perlu membaca bagaimana si suami bijak menguruskan tanggungjawabnya sehinggakan si isteri tidak pernah tahu tentang urusan kewangan keluarga mereka.

DUIT NAFKAH DARI SUAMI

Seperti hari2 lain, setiap hari atau bselang, telah selama 24 tahun, sejak mlm akad nikah kami 15 Februari 1991, inilah yg sering blaku di setiap pagi ..
Samada saya melihat ada duit terselit celah hbag, atau saya mlihat purse saya ternganga, disumbat bberapa keping note rm, di dlmnya..
Saya ingat sebaik bnikah, saya serahkan kad ATM saya kpd Mr Hubby, dgn kata2 paling tulus, ini kad gaji saya. Saya minta u uruskn kewangan kita bdua, dan keluarga kita, bila ada anak2 nanti. Buatlah dgn baik dan amanah. U khalifah saya, saya akn patuh pd u. Klu saya perlu duit, saya akn minta dr u…
Dan sejak itu, mnjadi amalan Mr Hubby mjengok purse saya setiap hari. Klu masih byk bsisa, dia x mnambah, tapi klu dia tengok dah bkurang, dia akan masukkn sedikit lagi…
Dan mjadi amalan saya pula, klu saya perlu sedikit budget lebih, saya akn bagitau dia.. hari ni nak meeting client kat Starbuck. Mungkin saya yg akn kena byr.. dan Mr Hubby akn hulur tambahan sekeping dua lagi, tanpa pernah merungut atau bkeluh kesah.
Dan sepanjg saya bkerja mkn gaji, selama 16 thn di Karangkraf, dr belum beranak hinggalah 6 cahayamata, saya sangat bsyukur, hidup kami anak beranak sempurna selesa..
Dan sejak bnikah juga, saya x pernah ambil tahu hal kewangan keluarga. Mr Hubby yg uruskn semua. Dari mbayar semua bill, menabung hinggalah shopping groceries semua.
Dan saya juga dah tak pernah pergi tekan duit ATM di mesin. Until now, jgn suruh, saya x tau, dah lupa…
Dan apabila kami bbisnes bsama, dgn Leesa Formula, Serenity Spa & Hajaba, amalan Mr Hubby mnguruskn kewangan keluarga, bterusan juga, ke bisnes pula..
Jgn tanya saya pasal hal2 bank, hal2 cek & payment, hal2 audit & tax, hal2 pbyrn properties, semua saya x tau, Mr Hubby yg pandai itu semua..
Screen Shot 2015-09-02 at 9.31.51 PM
Dan wlu org selalu kata saya jutawan, wang belanja saya, yg ada dlm purse & hbag saya, tetap apa yg Mr Hubby masukkan setiap pagi juga. Amalan yg sama, sejak 24 tahun lalu.
Dan saya sejujurnya tak pernah ambil tahu betapa wang yg ada dlm tabungan personal saya. Cuma sesekali, Mr Hubby panggil saya, dia buka buku bank saya, dia tunjukkn semua akaun statement saya, dia perlihatkn geran2 kereta & properties saya, sbb dia paksa supaya saya tau, apa yg saya ada, yg telah cantik di urusknnya, unt saya..
Dan dia ttp nak saya tahu, di dlm setiap bank mahupun tabung haji saya, simpanan unt saya melebihi sbyk 30%, bbanding dirinya. Itu kehendak dan apa yg di lakukannya, tanpa berunding pun dgn saya.
Dia yg putuskn sendiri, semua harta sepencarian kami, milik saya melebihi dia..
Dan selalu saya buat acuh tak acuh saja. Saya tengok sambil gelak2 saja. Saya ckp, kenapa buat mcm tu, saya bukn mata duitan… Tapi Mr Hubby kata, itulah ikrar dia pd dirinya, dia mahu mlebihkn saya, krn dia appreciate, saya percaya kannya..
Screen Shot 2015-09-02 at 9.33.01 PM
Dan begitulah, mpercayai dirinya, mmuliakan dirinya, dgn mbiarkn dia yg mngurus wang keluarga, agar dia tak perlu mrendahkan harga dirinya mminta wang dr seorang isteri, unt bsama2 mbina keluarga, agar dia merasa seolah2 semua wang kami bdua adalah miliknya, hingga dia bebas mbuat apa jua keputusan dlm mnguruskannya, dan mungkin di berkati Allah, hingga mberi kami bdua rumahtangga yg aman sentosa dan rezeki yg melimpah..
Dan sehingga ke hari ini, saya rasa sungguh syahdu mnerima setiap huluran wang darinya, wlu wang itu sbenarnya adalah juga wang saya.. Dan saya juga, masih mneruskn amalan, tidak akn sesekali mbeli sesuatu brg, tanpa izin darinya..
Tkasih Allah, mngajar saya blapang dada dlm mhormatinya, seorang suami, anugerah terbaik Allah buat diri saya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »