Mampus Jugak kau Setelah Lama Menyusahkan Orang

mati
Mampus Jugak kau Setelah Lama Menyusahkan Orang|Polis Johor tahan lelaki selepas didapati memuatnaik status di laman sosial yang menghina pegawai polis wanita yang meninggal di hospital selepas dirempuh mat rempit dalam satu operasi di Kluang.
Lelaki berkenaan dikesan menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen dan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor, malam tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter, 10.50 malam tadi.
Status Khalid berbunyi `Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yang berjaya t'kap orang yang menghina Mendiang InspMargaret -Trafik Kluang Sebentar tadi.’
11947525_515187295315747_5538806984096477213_n
Selain itu, Khalid menjelaskan, pihaknya juga sudah meluluskan pemberian pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) secara 'Posthumous' kepada Inspektor Margaret Tagum Anak Goen.
Margaret meninggal ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pada 12.45 tengah hari semalam.
Mendiang dikejarkan ke hospital selepas dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.
Sumber info:Hafidzul Hilmi Mohd Noor (node 75655)
Isnin, 7 September 2015 @ 1:06 AM.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »