kereta putus dua ,Penuntut cedera

kereta putus dua ,Penuntut cedera

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini, parah apabila kereta yang dipandu terputus dua selepas melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu di Kampung Telok, di sini, 1.30 petang tadi.
Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikatakan memandu dari Bukit Katil ke Lebuh Ayer Keroh, di sini sebelum terbabas selepas melalui selekoh di lokasi kejadian.
Menurut jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, mangsa dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas tersepit beberapa minit di dalam kenderaannya.
Jurucakap itu memberitahu, mangsa luka di mata kiri selain cedera di kedua-dua kakinya.
“Mangsa kini dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut dan siasatan lanjut masih diteruskan polis,” kata jurucakap itu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »