Kelebihan Buah Lemon Yang Ramai Tak Tahu

Ramai dikalangan kita yang tidak pernah mahupun tidak suka dengan minuman lemon kerana rasa masam yang teramat sangat. Malah untuk ada lemon di dalam peti sejuk juga amat-amat jarang yang kita jumpa. Di bawah merupakan 12 kebaikkan yang dihasilkan apabila meminum air lemon setiap pagi.

kelebihan buah lemon


Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
·         Sebagai antibakteria
·         antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.
Lemon mengandungi
·         asid citric,
·         Calsium,
·         Magnesium,
·         Vitamin C,
·         Bioflavonoids,
·         pectin
·         limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Jom kita baca apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus. Lemon juga digunakan dalam penghasilan Air Detox
kelebihan lemon

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »