Tidak terhenti begitu sahaja. Selepas dikritik sebelum ini kerana memuat naik posting berkaitan Bersih 4.0, nama anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah terus menjadi perhatian netizen kerana gelaran Datuk serta Ikon Belia dalam sebuah rancangan televisyen.
Beberapa paparan skrin yang memaparkan Nurul Hidayah sedang ditemubual dalam rancangan bual bicara di sebuah stesen televisyen tempatan itu menjadi bahan sindiran di media sosial.
Tinjauan di laman mikro Twitter, rata- rata netizen mempertikaikan status serta kelayakan Nurul Hidayah sehingga dianugerahkan gelaran itu.
1) How is she a Dato'? 2) How is she an icon? 3) What is she hiding under her hijab? Some of Jibby's donated money? pic.twitter.com/aopcOuYWdj
— nalisa alia amin (@nalisaaa) August 31, 2015
untong jadi anak TPM kaki jilat PM niey , terus dapat dato' , terus dapat ikon belia , padahal just keluarkan pendapat dari kepala lutut !
— Shaa (@shaasrii) September 1, 2015
Untungla jadi ikon belia. Dato pulak tu. Tapayah shopping kat tesco
— SyafiqMahad (@Idgafidiard) September 1, 2015
Untuk rekod, Nurul Hidayah Ahamad Zahid juga merupakan penaung Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya (Pakar).