Bab ni, Rafizi paling setuju dengan Najib

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli amat bersetuju dengan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kenyataannya sebelum ini, isteri wakil rakyat mempunyai peranan besar dalam menentukan kejayaan seorang pemimpin.
Rafizi berkata, Najib merupakan individu paling memahami dalam isu berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana mempunyai suami yang memahami.
“Saya jarang setuju dengan DS Najib Razak ni. Tapi dalam bab isteri penentu kejayaan wakil rakyat ni, saya setuju 100% dengan dia ha3.
“Dalam banyak-banyak wakil rakyat, DS Najib lah yang paling faham bab ini. Tahniah DS Rosmah,” tulis Rafizi secara sinis  di Facebook.
Antara ucapan Najib, dalam majlis penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di Ipoh pada Ahad lalu.
“Oleh itu berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya.”

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »