AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN.

Qarin.. hangpa tau ka apa tu Qarin? Ok ok.. bagi yang masih tak tau apa tu qarin meh la aku bagi info sikit tentang Qarin. Qarin adalah jin yang berdamping dengan manusia macam kembar. Setiap manusia yang lahir ke dunia ada qarin sendiri. Qarin ni ada kafir & Islam.. Yang kafir macam biasa la akan mendorong kita buat benda2 tak baik & Islam mengajak kita membuat kebaikkan.


Tapi Qarin versi digital yang aku nak cerita ni Qarin Zaman moden. Dia tak lahir bersama manusia tapi kebanyakkan generasi baru sekarang lahir2 je memang dah kenal Qarin ni. Budak sekarang seawal 1 hari pun dah di dedahkan dengan Qarin berteknologi tinggi ni. Jadi dia membesar pun bersama Qarin versi digital ni. Qarin ni pun membawa 2 perkara jugak. Kalau salah guna jadi keburukkan.. kalau di gunakan dengan betul dapat la manafaat. Qarin ni jugak sekarang ni banyak menjadi punca penceraian. Bukan punca penceraian je malah melalui Qarin jugak melahirkan ramai penipu,penyamar & pemfitnah. Besar impak Qarin versi digital ni.. Pendek kata Qarin ni jugak banyak merosakkan hubungan antara manusia.

Qarin versi digital ni ada macam jenis.. samsung.. iPhone.. lenovo..bla.. bla.. dot com. Banyak sangat bangsa dia tak tertulis aku dalam entri ni. Bukan je banyak jenama tak kurang jugak dalam pelbagai bentuk & rupa paras begitu jugak dengan harga. Ni bukan jenis Qarin yang include masa lahir ok! Ni Qarin yang di jual di kedai2 gadget elektronik. Qarin buatan manusia. hahahhaha

Itulah Qarin versi digital yang buat manusia tak boleh berenggang dengannya. Dari celik mata sampai tutup mata melekat je kat tangan macam kembar siam. 24/7 tak pernah berpisah.

Beli mahal kadang2 kita rasa sakit hati jugak dengan kewujudan dia dalam hidup kita. Rasa macam nak musnahkan tapi sayang. Cuma bukan semua orang jenis sayang Gadget Qarin ni.. Ada jugak yang lebih sayangkan hubungan yang terjalin jadi depa ambil keputusan memusnahkan Qarin Smartphone dengan cara yang kita sendiri tak sanggup nak buat. Inilah cara paling kejam pernah aku tengok. Kalau korang nak tau caranya meh tengok kat sini >> 10 cara memusnahkan telefon anda tanpa ada rasa menyesal kemudian hari <<

Moral of the story.. Memang tak banyak beza antara Qarin & gadget2 sekarang. sebab tu aku gelarkan dia sebagai Qarin. Apapun tak semua Qarin tu membawa kejahatan macam tu jugak dengan smartphone kita cuma yang menentukan baik atau buruk cara kita gunakannya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »