Rahim bengkak dan jatuh selepas bersalin

Assalam...


Lama tak bercerita pasal diri sendiri. Sibuk duduk rumah mengalah orang bekerja 24jam. Baru tersedar 24 jam memang tak cukup untuk sehari. lin memang jenis orang susah tidur siang. Kalau dapat tidur siang tu memang nikmatkan. Tapi, tak boleh. Masa anak2 tidur siang tu la masa lin dapat rehatkan badan. Hanya berehat. Kalau terlelap 10 minit tu pun dah syukur sangat. Kalau tak, memang kerja lin menguli tepung untuk buat biskut sahaja la. Oh... tabah la hati. Bila masa menguli, mengertilah... itu rezeki... =) 



Dalam pada sibuk bekerja, anak2 dan rumah, kadang terlupa diri pun baru je lepas melahirkan anak. Ada orang amik mudah penjagaan selepas bersalin. Orang dulu2 selalu ingatkan kita.. Jaga diri masa pantang. Nanti dah tua menyesal, bila badan sakit2. Sekarang memang la nampak semua sihat. Akan datang siapa tahu. Lin makin pelik dengan orang sekarang. Baru bersalin, sibuk pergi shopping beli barang. Errmmm pelik tu. Yang jaga badan pun boleh sakit. Inikan pula kita dedahkan diri dan anak kecil tempat terbuka. Nanti bila sakit, mula la cari punca dari orang sekeliling. Padahal, sendiri buat hal... Errmmmm 

Pantang ketiga memang rasa lain sangat. Kalau dulu 2 minggu dah rasa badan segar dah. Tapi, yang ni, sebulan masih sakit. Luka dalam yang tak nampak tu, kena betul2 jaga walaupun kadang lin sering juga terlupa nak jaga. Berjalan macam orang sihat. Nasib MIL jaga, kerap juga dia tegur. Dan masa tu baru tersedar dan kembali berhati2. Banyak cerita lin dengar, walaupun luka luar nampak elok, yang dalam belum tentu ok lagi. Ada yang sebulan dah berlalu, tapi.. jahitan boleh terbuka... arrgghhhh ngilu membayangkan wei... 

Disebabkan kena operate masa bersalin, sesi mengurut selepas bersalin terasa lain sangat. Biasa hari ketiga dah boleh sengkak. Perut dah terasa kempis. Kalau czer??? non hado seawal tu boleh sengkak dan kempis perut. Sampai sekarang i is buncit... What to do? pasrah la... sambil warning husband... i jadi buncit sebab u tau.. hahahah lalalla... :P jangan berani cari perempuan perut kempis!!! 

Aydina dah pun menginjak usia 6 bulan. Dan rasanya lin dah lama ngidap sakit perut ni. Rasa macam ada yang jatuh. Serius... memang terasa. Kadang tu, turun tangga pun pegang perut. Ada baby lagi ke ni? uhuhuh suspen. Lin pun call bidan urut area Beranang ni, Kak Misha. Muda lagi orangnya. Baya makcik2 kita je. Bila kak Misha urut, memang dia kata rahim jatuh. Tapi, tak boleh sengkak. Paling awal boleh sengkak baby umur 9 bulan. Sebaiknya selepas setahun. Masa tu, rahim insyaallah dah elok.

Tapi, disebabkan rahim memang dah jatuh sangat, Kak Misha tolakkan sikit naik atas. Sakit??? tak sangat pun. Mungkin setiap kali dia urut, lin zikir banyak2. ihihih i kan penakut u... tak tahu ker?
Selesai urut, Kak Misha bagi sedikit nasihat.

-Jangan jalan laju
-Jangan angkat berat
-Jangan kerap naik turun tangga. 

Dan... pantang larang tu, lin ikut untuk sehari je. ohohoh ... Asyik terlupa laju je aku panjat tangga. Laju je tolak sofa sana sini. Angkat berat, Aydina pun boleh tahan gak berat dia kan. Memang kena angkat la.. Dan dalam masa yang sama, bidan ada juga suruh amik jamu. Yelakan masa pantang elak jamu sebab takut anak kuning. Sekarang yang kuning berak dia je. hahaha yang lain tak kuning pun. So, lin kata, ok la kak, lin try... nanti akak bawakan.

Bermula episod minum jamu setiap pagi dan petang. Kak Misha kata, sehari sekali je. Macam kes lin ni, sehari 2kali. Sebab teruk sangat. Rahim bengkak dan jatuh. Kena bagi rahim kecut, dan nanti slowly dia akan masuk tempat dia semula... Doakan lin sihat ye. Bila sakit tang rahim ni, memang seriau... dah itu je aset kita sebagai seorang isterikan... kena jaga betul2. Selamatkan rahim sebelum telambat... Mana kawan2 yang ada rasa sakit2 tu, pergi la klinik atau jumpa bidan. Tak salah pun. Dapat mengurut 1 badan sedap woooo... ihihihhi



Air herba. Dulu jangan harap lah lin nak amik air herba ni semua. Sekarang kan dah moden. Pill kan ada... Telan je pill, senang. Tapi kan.... Lepas bersalinkan #aydinanufayla perut rasa tak best je, sakit selalu. Mungkin luka dalam tak baik lagi. Nak sengkak masih tak boleh. Tapi, disebabkan tak selesa dan sakit2 perut tu, panggil juga bidan tolong urutkan. Sebab memang tak tahan. Dan nak makan ubat tahan sakit mmg tak berani, sebab bf lagi. Lepas berurut, br tahu rahim still bengkak.. Maknanya ubat pill yang Lin makan tak menjadi sangat. So dia suruh amik air herba campuran nak bg kecut rahim.... Fikir 10x nak amik. Tapi demi kesihatan diri gagah juga lah amik... Dan... Ini botol kedua dah. Alhamdulillah... Boleh je telan. Selesa sikit perut bila minum... Angin pun mudah keluar. Bau dia memang tak Best... Tapi, tak la sampai minum tutup hidung. 😝 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »