Ahmad Razif mengejutkan harimau yang sedang tidur – Mat Said

Ahmad_Said

ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak berminat dengan pilihan raya negeri namun mendesak Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.
“Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.
“Kerosakan itu telah dilakukan dan Ahmad Razif telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang beliau perlu pergi. Saya tidak mahu pilihan raya negeri tetapi apa yang saya mahu ialah beliau digantikan oleh orang lain,” kata Mat Said dipetik mStar.
Mat Said berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.

“Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya. Mengapa menjadikan mereka mangsa?” soal beliau.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »