Lelaki Maut Tertembak Muka Sendiri Akibat ‘Selfie’ Bersama Pistol

selfieSeorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri di muka ketika bergaya dengan sepucuk pistol di hadapan kamera untuk merakam selfie.
Menurut Skagit Valley Herald, lelaki tersebut telah beberapa kali merakam selfie bersama pistol miliknya dan tiada perkara buruk berlaku kerana dia sentiasa memastikan pistolnya kosong tanpa peluru.
Kali ini dia tersilap langkah kerana menurut laporan polis, terdapat sebutir peluru yang tertinggal di dalam laras pistol ketika dia merakam selfie.
Menurut ketua peronda pejabat syerif Skagit County, Chad Clark, teman wanita lelaki berkenaan turut berada bersamanya ketika kejadian itu berlaku.
Kes tersebut disiasat oleh pihak polis sebagai satu kemalangan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »