ANTARA PUNCA KEMARAHAN MAHATHIR ADALAH LESEN JUDI VINCENT TAN YANG DITARIK BALIK OLEH NAJIB!!!



September 2003, sebulan sebelum Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri, Kerajaan telah mengarahkan dan secara diam-diam menganugerahkan lesen pertaruhan sukan tunggal kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Vincent Tan pada harga hanya RM25 juta. Pada masa yang sama, Dr. Mahathir juga menganugerahkan 420 lesen slot mesin bernilai ratusan juta ringgit kepada resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan.  

2004: Abdullah Badawi yang baru menjadi Perdana Menteri menggantung lesen pertaruhan sukan Vincent Tan. 

2009: Mahathir berjaya memaksa Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Jun 2010: Vincent Tan menjual lesen perjudian dalam Ascot Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam miliknya sendiri, bernilai RM525 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM750 juta.

Walaupun pada harga RM750 juta, ia masih dianggap di bawah paras harga sebenar memandangkan pasaran pertaruhan sukan haram di Malaysia dianggarkan bernilai sehingga RM20 bilion pada tahun 2010. 

Jun 2010: Najib sebagai Perdana Menteri telah menggantung lesen pertaruhan sukan dan enggan membenarkannya untuk beroperasi. 

23 Jun 2010: Mahathir telah bercakap secara umum bahawa sekiranya dia masih lagi Perdana Menteri, dia akan meluluskan lesen pertaruhan sukan yang diberikan kepada Vincent Tan dan membenarkannya beroperasi kerana baginya tiada sebarang kesalahan.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," kata Tun M ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Julai 2015: Vincent Tan membalas budi Mahatir dan menganjurkan majlis 'Skyfall', sebuah majlis harijadi supermega dengan lebih 1000 orang tetamu bagi menyambut harijadi Mahathir yang ke-90. Adalah dipercayai Vincent Tan telah membiayai dan menganjurkan majlis harijadi tahunan Mahathir setiap tahun semenjak Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri.

Sehingga ke hari ini, Perdana Menteri Najib enggan membenarkan lesen tersebut beroperasi!

Mungkin Najib tidak akan menimbulkan kemarahan Mahathir kalau dia menganugerahkan lesen judi itu kepada kroninya sendiri atau membenarkan Vincent Tan mengoperasikannya dan kemudian berkongsi labanya.

Malangnya, Najib tidak berbuat begitu. Lesen tersebut dibekukan. Vincent Tan tidak boleh berbuat apa-apa walaupun Mahathir marah dan sedang memaksa-maksa agar pembekuan tersebut dicairkan!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »