Wanita Didakwa Kerana Cuba Menjual Anak Melalui WhatsApp



SAKHA, Rusia: Seorang wanita telah didakwa di Mahkamah kerana cuba menjual bayi lelakinya berusia lima bulan melalui aplikasi WhatsApp, kata Jawatankuasa Siasatan dalam satu kenyataan.

Wanita yang berasal dari daerah Suntarsky itu ditahan oleh pegawai polis yang menyamar sebagai pembeli ketika proses jual beli bayi berkenaan dengan harga AS$22,930 (RM95,984).

Sebelum itu, suspek dikatakan telah membatalkan perjanjian dengan bakal keluarga angkat anaknya itu berikutan mereka enggan membelikannya sebuah apartmen di Yakutsk untuknya.

Wanita tempatan itu juga meminta pasangan berkenaan membantu membayarkan pinjaman bank AS$2,990 (RM12,516) sebagai syarat pertukaran bayi itu.

Hak penjagaan wanita itu terhadap anaknya juga digantung sementara menunggu keputusan perbicaraan berkenaan. - Siakapkeli.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »