Wanita cuba perkosa jiran lelaki

Chantae-Gilman

Seorang wanita mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini kelmarin atas tuduhan cuba merogol seorang lelaki yang juga jirannya dua tahun lalu.

Chantae Gilman, 28, didakwa atas tuduhan menyerang dan cubaan merogol lelaki itu selepas menceroboh kediaman mangsa pada Jun 2013.Menurut laporan mangsa, dia sedang tidur di katilnya sebelum terkejut apabila mendapati wanita seberat hampir 100 kilogram itu sedang menindihnya.
Mangsa yang ketakutan meminta Chantae keluar tetapi wanita itu enggan dan cuba merogolnya.

Ibu kepada dua anak itu kemudiannya memegang tangan mangsa dan mengarahkan lelaki berkenaan supaya diam.Bagaimanapun, mangsa yang dirahsiakan identitinya berjaya melepaskan diri dan menghalau wanita itu keluar dari rumahnya.Mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.Chantae ditahan dan didakwa di mahkamah selepas polis menemui DNA wanita itu pada badan lelaki berkenaan.

Hukuman terhadap wanita itu akan diputuskan mahkamah pada 19 Jun ini. – Agensi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »