Pertumbuhan Malaysia berdepan dengan risiko yang lebih besar akibat kelembapan ekonomi dunia berbanding daripada kesan inflasi, kata gabenor bank pusat Zeti Akhtar Aziz.
Terkini Zeti Aziz Beri AMARAN Ekonomi Negara Dalam Bahaya..Sebarkan |
Keluaran dalam negara kasar akan meningkat kira-kira 5 peratus tahun ini, dan pengembangan itu akan berada dalam lingkungan had yang sama pada 2016, seandainya risiko terhadap pertumbuhan global tidak menjadi kenyataan.
Penggubal dasar Malaysia telah bergelut untuk meningkatkan keyakinan dalam ekonomi dan kewangannya sejak harga minyak mula merosot pada akhir tahun lalu dan ketika dakwaan penyelewengan kewangan di sebuah syarikat pelaburan kerajaan, menjejaskan sentimen.
Ketegangan politik juga telah meningkat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdepan dengan isu berkaitan sumbangan kempen yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
“Rakyat terganggu sekarang kerana negara kami jarang berdepan dengan perkembangan politik seperti ini,” kata Zeti.
“Proses keputusan dasar Malaysia berterusan, tanpa mengira ketegangan politik ini.”
Sumber asal
Sumber: kucinghappy