Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kasihan bila kami baca kisah yang dikongsikan oleh pengikut kami di Inbox ni. Usaha untuk mendapatkan zuriat akhirnya tak dapat.. Mungkin tiada rezeki dan ada hikmah di sebaliknya.
Jom kita ikuti cerita ini moga ia akan beri pengajaran untuk suami dan isteri yang sudah mempunyai anak atau pun yang akan menimang cahaya mata kelak.
Kandungan saya disahkan tidak bernyawa lagi..
Assalam semua. Saya nak kongsikan pengalaman saya yang terjadi baru-baru ini.Pada Ahad, 23 Ogos, kandungan saya disahkan tidak bernyawa lagi. Saya amat terkejut dan sedih sekali. Dalam keadaan tertekan dan masih terkejut, saya diminta membuat keputusan segera sama ada mahu membuat prosedur kelahiran paksa atau secara sendiri yang mungkin mengambil masa dua minggu berbanding paksa dalam tempoh maksimum 48 jam.Saya ditenangkan semua suami, dan setuju secara paksa iaitu induce.Punca kematian bayi tidak diketahui melainkan dengan cara menghantar uri/placenta ke lab untuk kajian dan saya bersetuju untuk melakukan ujian tersebut.
Saya tahu saya bakal melahirkan jasad tak bernyawa..
Malam Isnin adalah malam terakhir saya mengandung. Keesokan pagi, jam 7.20 pagi, saya dimasukkan ubat adalah 4 kali. Sejak itu, hati saya berdebar-debar untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Saya amat stress sebab saya tahu saya bakal melahirkan jasad tak bernyawa.Jam 10 pagi, saya sudah mulai cramp perut dan susah untuk meluruskan kaki sehingga jam 11.30 pagi. Saya cuba bertenang sementara menunggu waktu melawat jam 12.30 tengah hari.Tidak lama kemudian, mak dan suami saya sampai. Makanan tengah hari juga disediakan oleh hospital. Saya makan sambil menahan sakit. Sudahnya, saya tak boleh makan dan cuba untuk baring. Saat itu saya turun air dan darah. Saya dihantar ke bilik pemeriksaan.Jam 1.20 petang, sepatutnya saya dimasukkan ubat dos kedua tetapi doktor periksa saya boleh teruskan untuk saat kelahiran. Walaupun rahim saya masih belum bersedia untuk kelahiran tetapi doktor sudah dapat merasakan janin dan menarik keluar tanpa sebarang painkiller/bius.
Rasa sakit hanya Allah saja yang tahu
Amat sakit, hanya Allah sahaja yang tahu.Perut saya masih cramp. Saya bertanya kepada doktor kenapa perut saya masih cramp. Kata doktor, saya masih melalui proses kelahiran walaupun saya sudah melahirkan dan saya akan normal semula dalam masa dua jam.Kemudian doktor tekan perut saya, sekitar rahim untuk mengeluarkan darah beku. Tak mampu saya nak menggambarkan kesakitannya. Saya hanya mampu mengucap dan menangis. Suami pula tidak dibenarkan masuk.
Ingin menuntut bayi
Saat saya menahan kesakitan, doktor bertanya sama ada saya mahu atau tidak melihat bayi saya. Saya bingung dan tidak mampu berfikir.Setelah didesak oleh doktor sebanyak tiga kali, saya cakap suami saya nak melihatnya supaya saya dapat bertemu dengan suami.Doktor bawa bayi saya ke lab. Kami terkejut sebab semalam doktor cuma cakap nak mengambil uri sahaja untuk siasatan. Bermulalah soal jawab kami.Saya bertanya kalau setelah habis di lab, boleh ke tidak kami menuntut bayi. Doktor menjelaskan, tak boleh sebab semua janin yang keguguran/meninggal akan dilupuskan setelah selesai di unit pathology dan itu adalah prosedur hospital.
“Bakar?! Doktor dan hospital bakar janin setelah kajian?”
Suami saya bertanya lagi, “Lupus bagaimana? Adakah ditanam?”“Tidak. Semua janin di bawah berat 500 gram akan dilupuskan dengan kaedah incinerator,” kata doktor.Jujurnya ini pertama kali saya mendengar dan tidak faham apa kaedah itu.“Bakar?! Doktor dan hospital bakar janin setelah kajian?” soal suami yang mahukan kepastian dari doktor itu sendiri.Doktor itu terkejut bila mana suami saya mengetahui kaedah itu sebenarnya.“Kita biasa kendalikan banyak kes ya encik dan kita anggap janin kecil bukan bayi tetapi sebagai sample tisu. Bukan pihak hospital yang uruskan pelupusan tisu tetapi pihak luar,” jelas doktor itu lagi.
Nekad ambil semula bayi
Setelah kami berfikir panjang, kami nekad mengambil semula bayi kami.Tidak lama kemudian, doktor lab datang ke katil saya untuk berbincang. Katanya ujian lab penting untuk saya kelak dan dia cuba memujuk saya.Saya menjelaskan bahawa saya mahu mengebumikan bayi saya mengikut cara Islam. Saya tidak rela anak saya dibakar.Doktor itu berunding dengan ketua unitnya dan bersetuju untuk mengambil uri bayi sahaja.Syukur Alhamdulillah. Anak saya dikafankan di unit jenazah dan disemadikan mengikut cara Islam yang sewajarnya.
Jadikan pengajaran
Bagi ibu bapa, jadikan pengalaman saya sebagai panduan. Bertanya lah pada doktor meskipun doktor tak suka kerana kita berhak mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas.
Sumber: Facebook Aida Aleya