Selepas 4 Jam, Apa-Apa Rawatan Pun Tak Ada - Faizal Ahmad



Semalam, seorang 'likers' Siakapkeli membuat satu aduan tentang sebuah hospital di Pulau Pinang yang dikatakan selow.

Pengguna Facebook terbabit, Faizal Ahmad memuat naik satu status di laman Facebook Siakap keli dengan satu keratan gambar tangan yang bengkak akibat dipatuk ular.

"Hospital paling terbaik di zon utara, HOSPITAL KEPALA BATAS,PULAU PINANG. 4 jam tangan kena patuk ular tapi apa2 rawatan pon tak ada..last da kena bising kena tanya baru nak jawab diorg tak ada specialist untuk kes ni. Baru nak pindah hospital lain da 4 jam boleh makan angin sambil kunyah kuaci.. Tq para doktor dan staf HOSPITAL KEPALA BATAS PULAU PINANG..". kata Faizal Ahmad.

Pengguna Facebook, Rizal Mohd Zain berkata  "X kan nk tunggu mati dulu bru nk bt kes...masalhnya sini servis pihak hospital kpla batas macam layan x layan ja pesakit dia...mgkin kaki tangan pkrja x ckup...tp dri pndangan umum smua bnyk pkerja situ..mcm main2 ja bt krja pun..bnd sakit nyawa bkn bnd bley dok melawak".

Pengguna Facebook, Norzida Zainal turut berkongsi pengalaman pahitnya dengan hospital terbabit.

"Saya pun pernah kene ngan hospital kepala batas,pulau pinang ni time anak umur 1 taun lebih dmm,tiba2 menggigil pagi2..g emergency,dah ar kaunter pendaftaran layan tak layan..org takda pun km kene tngu lama sblum masuk..ada ke patut nurse tu suh anak berdiri kat penimbang..nangis2 ar dia taknk..budak kecik ngah dmm,mesti ar nak peluk kita je..saya trus bg berat dia yg br 2 ari timbang di klinik swasta..pastu sy kene tngu lebih stengah jam untuk jumpa dktr..anak dah gigil2 n nangis..yg plg sakit ati sy leh dgr staf dia gelak sakan di luar bilik rawatan..demi Allah ms tu takda patient lain pun selain kami..sy n suami terus blah gitu je,bwk g kpj..what a shamefull attitude..sy dah adu kat email,tp TIADA feedback pun yg diterima..".


Perkongsian dari Faizal Ahmad mendapat perhatian dari likers lain Siakapkeli sehingga mendapat hampir 200 komen dan lebih 500 perkongsian.

Sebelum isu ini tersebar dengan lebih meluas dan rambang, kami berharap agar pihak yang bertanggung jawab dapat tampil menjelaskan perkara sebenar. - Siakapkeli.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »