Raja Ilya Berlakon Dalam Penjara?

Raja Ilya Sumber gambar: Raja Ilya / Instagram

Wartawan: Faris Othman Sumber gambar: Raja Ilya / Instagram
Tidak semua orang boleh merasa kehidupan di sebalik tirai besi jika tidak melakukan kesalahan undang-undang. Namun, kelebihan sebagai pelakon, Raja Ilya berpeluang ke penjara untuk satu pengalaman yang akan dikenang sepanjang karier lakonan.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Arab ini menjayakan slot Cerekarama berjudul 'Cermin Kasih' yang menemui penonton malam ini (10 Oktober). Drama ini dijayakan Shaheizy Sam dan Tiz Zaqyah, dan mengambil latar tempat di Penjara Bentong, Bentong, Pahang.
[caption id="attachment_195918" align="aligncenter" width="637"]Cermin Kasih - Raja IlyaPengalaman berlakon dalam penjara sesuatu yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit, kata Raja Ilya[/caption]
“Pengalaman berlakon di dalam penjara merupakan pengalaman baru untuk saya dan rakan pelakon yang lain. Pengalaman yang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kalau nak tahu, walaupun kami berlakon, kami tetap kena akur pada peraturan yang ditetapkan oleh pihak penjara.
“Contohnya penggunaan telefon, kami dikehendaki untuk memberikan telefon bimbit masing-masing untuk disimpan oleh pihak penjara. Tiada pengecualian. Kalau seharian shoot, maka seharianlah kami hidup tanpa telefon di tangan.
[caption id="attachment_195909" align="aligncenter" width="637"]Cermin Kasih - Raja IlyaRaja Ilya dan para pelakon lain perlu mengikut peraturan yang ditetapkan pihak penjara[/caption]
“Walaupun agak kekok pada mulanya kerana tidak boleh menggunakan gajet itu, kami sebagai pelakon faham dengan langkah keselamatan yang harus diambil untuk menjamin prosedur operasi standard dipenuhi setiap masa,” cerita Ilya.
Meskipun langsung tiada komunikasi dengan penghuni penjara itu, apabila pelakon melalui depan sel, banduan diminta untuk duduk bagi membezakan mereka dengan pelakon, seperti yang diarahkan pegawai penjara.
[caption id="attachment_195910" align="aligncenter" width="637"]Cermin Kasih - Raja IlyaPengalaman tersebut membuat Raja Ilya lebih menghargai kebebasan hidup[/caption]
Tambahnya lagi, menjayakan penggambaran di dalam penjara turut memberi dimensi baru kepada pandangannya tentang hidup. Dia lebih menghargai kebebasan hidup yang dikecapi selama ini dan lebih bersyukur dengan kehidupan sekarang.
Drama ini mendapat perhatian di sosial media apabila gambar Tiz Zaqyah yang berpakaian lokap dan memegang rokok sambil menunjukkan ekspresi tertekan dikecam kerana memakai selipar yang ‘cantik’ untuk seorang banduan.
[caption id="attachment_195919" align="aligncenter" width="593"]Cermin Kasih - Tiz Zaqyah Instagram: Tiz Zaqyah / InstagramGambar yang dimaksudkan itu
Instagram: Tiz Zaqyah / Instagram[/caption]
Namun semua dakwaan itu dijawab semula oleh Tiz yang menjelaskan gambar itu diambil sebelum penggambaran dilakukan dan bertempat di lokap balai polis, bukan penjara seperti didakwa di blog-blog tempatan.
Jangan lupa saksikan 'Cermin Kasih', jam 10 malam ini di TV3.  Anda juga boleh catch up telefilem tersebut diwww.tonton.com.my.
[caption id="attachment_195911" align="aligncenter" width="635"]Cermin Kasih - Raja IlyaApa kesudahan watak Raja Ilya dalam 'Cermin Kasih?'[/caption]  

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »