POLIS DEDAH Punca kematian budak 9 tahun yang diperkosa, dibunuh dan dibungkus!!!

Punca kematian budak 9 tahun yang diperkosa, dibunuh dan dibungkus dalam kotak didedahkan polis
Punca kematian budak 9 tahun yang diperkosa, dibunuh dan dibungkus dalam kotak didedahkan polis
Polis Indonesia sudah membuat autopsi ke atas jenazah Putri Nur Fauziah, mangsa berumur 9 tahun yang diperkosa, dibunuh dan dibungkus mayatnya di dalam kotak. Hasilnya polis Indonesia sudah menemui penyebab kematian remaja berkenaan.
“Autopsi sudah dilakukan pada jam 12 malam tadi selama 3 jam dan sudah dikenal pasti sebab kematian,” Menurut kata Kapolres Metro Jakarta Barat, Kombes Pol Rudy Heriyanto Adi Nugroho, dalam perbincangan dengan tvOne, Minggu, 4 Oktober 2015.
Menurut Rudy, Putri meninggal kerana berlaku kekerasa di leher. Mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas akibat perbuatan tersebut.
Jenazah Putri Nur Fauziah di rumahnya
Jenazah Putri Nur Fauziah di rumahnya
“Ada serangan kekerasan di leher mangsa sehingga mangsa tidak boleh bernafas,” ujar Rudy.
Selain membunuh dengan keji, si pelaku juga memperkosa Putri Nur Fauziah. Rudy memberitahu perkara ini hasil daripada autopsi yang dilakukan ke atas mayat mangsa.
“Terdapat sperma dalam kemaluan dan dubur korban,” Menurut Rudy.
Mayat Putri dijumpai di kawasan Jalan Sahabat, Gang Kampung Belakang RT 06/05, Kelurahan Kamal, Kalideres, Jakarta Barat, sekitar pukul 10.30, Jumaat malam.
Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan yang berbungkus dalam kotak. Mulut dan kemaluan mangsa mengeluarkan darah serta dalam keadaan bogel.
Polis Indonesia juga menemui baju berwarna putih, seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih. Pakaian seragam sekolah Putri tidak ditemui.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »