Padah Potong Tali Belon Yang Berisi Gas Dengan Pemetik Api


CHUKAI: Seorang lelaki dan empat orang pelajar sekolah telah melecur selepas belon yang berisi gas telah meletup di Pekan Budaya Pantai Teluk Mak Nik, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.20 itu, lelaki yang dipercayai seorang pemandu berusia 47 tahun telah memberikan pemetik api kepada seorang murid iaitu Nurul Atirah Ibrahim, 10, untuk memotong tali belon di pentas hari sukan yang baru selesai dirasmikan.

Ratusan belon meletup dan saya dan rakan tidak mampu berbuat apa-apa,” kata Nurul Atirah yang melecur teruk di muka dan tangan akibat terkena letupan belon.

Menurut Atirah dia tidak tahu bahawa menggunakan pemetik api itu akan mengundang bahaya yang menyebabkan ratusan belon dipentas berkenaan meletup.

Semasa kejadian, ratusan belon berisi gas helium itu meletup menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.

Letupan itu menyebabkan lelaki itu cedera di tangan dan telinga kiri. Keempat-empat pelajar terbabit juga tercedera dan salah seorang mengalami kecederaan teruk di kedua-dua tangan dan muka.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

Tiga mangsa termasuk lelaki terbabit bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar, sementara dua pelajar masing-masing ditahan di Hospital Kemaman dan Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »